Tuesday, February 15, 2005

Politik Wang @ Rasuah Dato' Astaman Abd Aziz (Ahli Parlimen UMNO Titiwangsa)

KUALA LUMPUR : Politik Wang merupakan satu lagi nama baru bagi rasuah. Ianya adalah perbuatan yang paling hina dan haram di sisi masyarakat dan agama.

Walaubagaimana pun, perkara ini telah menyusupi kain baju ahli – ahli UMNO dalam perhimpunan Agung mereka pada tahun 2004 yang lepas. Dato’ Astaman Abd Aziz ahli Parlimen Titiwangsa dan pengikutnya iaitu; Sharin Darus, Mohamed Ariff Mohamed Aziz, Azman Abdul Majid, Asaari Ismail serta Azman Miharmat telah di dapati bersalah kerana terlibat dalam Politik Wang. Mereka telah digantung keahlian UMNO selama 3 tahun.

Apa yang menarik, Istilah Politik Wang sengaja diperkenalkan oleh Presiden UMNO bagi melindungi ahli-ahlinya seperti Dato’ Astaman dari tindakan undang – undang negara. Sekiranya beliau dibicarakan di Mahkamah Majisteret di bawah Akta Pencegahan Rasuah kemungkinan besar beliau terpaksa melepaskan Jawatan sebagai Ahli Parlimen. Inilah pekung politik UMNO yang sebenarnya.

Pastinya, para pengundi yang mengundi beliau dalam Piliharaya Umum kali ke-11, merasa tertipu dengan Imej Baik yang ditonjolkan sebelum ini. Kita berharap agar para pengundi dapat memilih Calon Yang terbaik dalam Pilihanraya akan datang sekaligus menolak Kepimpinan UMNO yang sentiasa Korup dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com