Friday, February 18, 2005

ISU PATI: Tangkap dan siasat Mustapha Kamal Abu Bakar

Pada 7 Febuari 2005, yang lalu saya bersama beberapa aktivis reformasi dan pemimpin Angkatan Muda Malaysia telah mengiringi Saharuddin Adnan yang membuat laporan Polis bagi pihak Labour Resource Centre (LRC).

Laporan Polis dengan No Report Sg. Buluh / 001311/05 yang dibuat jam 2.39 petang ini dibuat ke atas Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Abu Bakar kerana dalam keadaan sedar dan mengetahui telah terlibat mengambil sekurang kurangnya 90 orang pekerja asing tanpa izin untuk melakukan kerja pembinaan di Tapak Pembinaan Damansara Damai.

Ini jelas bertentangan dengan akta imegresen 1959 / 63 (Pindaan 2002). Di mana jika sabit kesalahan akan di denda hingga RM 50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan dan jika kesalahan melibatkan lebih 5 buruh asing maka majikan juga boleh disebat tidak lebih 6 sebatan.

Perkara ini merupakan perkara serius, kemasukan buruh asing di negara ini merupakan masalah yang lama berlarutan, ia kelihatan seperti sindiket yang begitu terancang. Maka ini peluang pihak berkuasa mungkin boleh menyelesaikannya. Tangkap dan siasat penama diatas, cari dari mana beliau mendapatkan sumber tenaga asing tanpa permit tersebut dan mungkin ini dapat mendedahkan sindekit dan dalang di sebaliknya.

Kes ini juga menjadi kayu pengukur adakah kerajaan benar – benar serius dalam melaksanakan hukum seperti hukuman sebat ketas majikan. Adakah hanya pekerja asing yang perlu didakwa, ditangkap dan di hukum (sebat), bagaimana dengan majikan yang terlibat yang jelas lebih mengaut keuntungan dalam perkara ini.

Di laporkan juga perkara ini terbongkar apabila tenaga buruh asing yang diambil oleh penama di atas telah tidak dibayar upah dan setelah kerja mereka hampir siap, mereka dihalau dan kediaman (rumah kongsi mereka dipecahkan). Ini satu bentuk kezaliman yang bertentangan dengan hak asasi manusia. Jika kerajaan tidak mengambil tindakkan terhadap perkara ini maka kerajaan seolah olah membenarkan Malaysia di label masih mengikftiraf aktiviti penghamba abdian.

Di sini juga saya ingin membidas kenyataan Najib Razak , Timbalan Perdana Menteri di mana beliau mempertikaikan mengenai pekerja asing yang mahu mengambil tindakkan undang – undang terhadap majikan yang tidak membayar gaji pekerja asing ini. Najib tidak boleh membela majikan semata – mata dalam perkara ini, sememangnya pekerja ini bersalah kerana bekerja tanpa izin dan melanggar undang – undang negara, tetapi bagaimana dengan majikan mereka dakah mereka tidak meleanggar undang – undang ? dan dari sudut kontark manusiawi setelah diperas tenaga kerja seseorang mengapa pula tidak mahu dibayar upah seperti yang dijanjikan sebelum itu. Nampaknya Najib sendiri perlu mencerap kempen budi bahasa dan timbang rasa dari Kementerian Kebudayaan, kesenian dan warisan malaysia. Jangan sampai negara – negara jiran melabelkan Malaysia tidak menghormati ketamadunan manusia.

Kami dengan ini menuntut agar laporan polis yang disebut diatas disiasat dan tindakkan wajar seharusnya diambil.

Sekian, salam reformasi.
Keadilan untuk semua.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengarah
Pusat Aktivis Gerakan reformasi Malaysia
(PAGER Malaysia
)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com