Forum tsunami: Astora Jabat berhujah dangkal
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Forum bertajuk 'Tsunami Bala atau sebaliknya' yang berlangsung di Masjid Al Hidayah, Kampung Pandan semalam memperlihatkan penulis ruangan bicara agama Utusan Malaysia, Astora Jabat gagal meyakinkan 1000 penonton dengan hujah dangkalnya.
Awal-awal lagi Astora telah mengingatkan penonton dan panelis supaya tidak mengutarakan soalan yang luar dari tajuk perbincangan termasuklah isu Islam Hadhari.
Astora hanya memberi definisi tsunami dan bala dari sudut bahasa tanpa menjawab persoalan tersirat di sebalik tragedi tsunami yang melanda beberapa buah negara baru-baru ini.
Astora yang hadir dengan kapasiti individu dan bukannya parti diserang hebat oleh beberapa penonton termasuklah suara cemuhan setelah beliau gagal menjawab persoalan sebenar yang dibangkitkan Moderator, Ustaz Riduan Mohd Noor.
Sementara panelis yang mewakili PAS, Ustaz Nasharuddin Tantawi pula memberi definisi jelas berhubung kejadian tsunami yang disifatkan sebagai bala yang diturunkan Allah.
Kata Ustaz Nasharuddin, tsunami yang mengorbankan lebih 200,000 rakyat di seluruh dunia sebenarnya peringatan Allah kepada makhluknya supaya tidak terus alpa dengan buaian dunia.
Ujar Ustaz Nasharuddin, peringatan yang diberi Allah dalam pelbagai keadaan termasuk ribut, hujan, panas, kering dan bencana kepada ummahnya bertujuan meminta manusia supaya berfikir mengenai kekuasaan Allah.
selain itu katanya, bencana yang diturunkan Allah menunjukkan kemurkaaan pencipta kepada manusia setelah pelbagai tindakan manusia merosak bumi dan mencabar kekuasaan Allah.
Justeru Ustaz Nasaruddin menyeru orang ramai, masyarakat dan pemimpin supaya kembali kepada Islam yang sebenar dan berusaha mendaulatkan agama Allah di muka bumi ini.
Sesi soal jawab, Astora tercengang dihentam penonton
Semasa sesi soal jawab, Astora sekali lagi gagal memberi jawapan yang bernas kepada penonton dan hanya mengulangi hujah beliau yang berkisarkan kepada makna tsunami dan bala mengikut definisi bahasa.
Soalan yang turut diutara oleh Ustaz Nasharuddin turut gagal dijawab oleh Astora dan beliau hanya mengelak dengan hujah berulang termasuk mengutarakan semula definisi bala dan tsunami.
Atas kegagalan itu, beliau telah dikecam beberapa penonton yang tidak berpuashati.Ada penonton yang bangun dan memperlekeh hujah dangkal Astora.
Bagaimanapun, kekacauan tidak berlaku sebaliknya program malam tadi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Astora janji akan bawa soal halal haram judi kepada pemerintah
Dalam forum yang sama, Astora turut dilontarkan dengan persoalan menyentuh isu halal haram.
Seorang penonton, Zakaria Ali yang bingkas bangun semasa sesi soal jawab mencabar Astora supaya memberi teguran kepada pemimpin kerajaan dalam soal halal haram perniagaan judi dan arak.
Astora yang menjawab soalan itu berkata, di negara ini soal mengharamkan perniagaan judi dan arak amat rumit kerana kepelbagaian bangsa dan kepercayaan agama.
Bagaimanapun beliau berjanji akan cuba membawa teguran itu kepada pemerintah untuk diperhalusi.Cuma beliau melahirkan kebimbangan bahawa teguran itu tidak akan memberi implikasi kepada pemerintah kerana kabinet mungkin sekali tidak akan meluluskan usaha mengharamkan perniagaan judi dan arak.
Sementara itu Ustaz Nasaruddin yang turut mengulas soalan itu berkata, secara jelas bahawa judi dalam Islam mahupun agama lain amatlah
seorang pengunjung, Herman Samsudeeen yang ditemui berkata, secara keseluruhannya hujah yang dikemukakan Astora tidak menepati tajuk perbincangan yang sebenar.
Kata Herman, hujah Astora hanya berlegar dalam ruang lingkup tertutup di mana sekadar memberi pengertian dari sudut bahasa.
"Intipati sebenar tidak pernah beliau jawab malah dalam sesetengah keadaan beliau lansung tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan penonton,"kata Herman.
Sekatan jalan raya tidak lemahkan semangat pengunjung
Forum pendek yang berakhjir pada jam 12.00 malam tadi sedikitpun tidak diganggu pihak berkuasa polius.
Cuma di beberapa batang jalan raya menuju ke Kampung Pandan Dalam pihak berkuasa Polis mengadakan sekatan jalan raya semata-mata menakut-nakutkan pengunjung yang mahu ke majlis tersebut.
Bagaimanapun tidak ada sebarang kekacauan mahupun tindakan dari pihak berkuasa terhadap pengunjung. - mks.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home