Friday, February 18, 2005

JAWI : TERUSKAN DAKWAAN TERHADAP JESLINA DAN RAKAN - RAKAN

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius tindakan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang cuba menarik segala dakwaan yang dikenakan kepada Jeslina Hashim bersama rakan – rakannya berhubung dengan tangkapan di Kelab Maksiat Zouk di jalan Ampang pada bulan lepas (13 Januari 2005).

Pihak DPPWP berharap agar JAWI bersikap tegas dan tidak tunduk pada tekanan orang – orang tertentu yang cuba mempersendakan tugas murni yang dilakukan oleh pihak JAWI. Tangkapan yang dibuat adalah sah dari segi undang – undang dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Berhubung dakwaan yang telah dibuat kepada Jeslina dan rakan – rakannya biarlah Mahkamah yang menentukan. Jika benar Jeslina tidak bersalah kita akan tahu selepas kes ini dibicarakan.

Di pihak DPPWP, kita melihat tiada sebab mengapa pihak JAWI perlu menarik semula dakwaan tersebut. Keabsahan penangkapan itu perlu dibuktikan melalui perbicaraan di Mahkamah agar selepas ini semua pihak dapat mengetahui hakikat dan cerita sebenar berhubung isu ini.

Kita tidak mahu pihak JAWI mengalah seperti mana kes Penyerbuan Kelab Malam The Ship satu ketika dahulu. Akibat tindakan JAWI yang kurang tegas dahulu, kini perkara yang sama berulang. Persoalannya, sampai bila kita harus bertahan dan membiarkan racun hedonisme meresapi jiwa anak bangsa kita yang tegar mengaku Islam tapi zahirnya menentang hukum Allah?

Bak kata pepatah, “alang – alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”, “Biar putih tulang jangan putih mata”. Jangan biar maksiat dijulang, Islam digilis.

Melalui isu ini juga, masyarakat Islam Malaysia telah melihat dengan jelas akan pekung di dada pimpinan UMNO yang sebelum ini ghairah melaungkan agenda “Islam Hadhari”. Jelas dimata kita bahawa apa yang berlaku di Kelab Malam Zouk dan juga etika berpakaian mereka yang ditangkap tidak sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Islam.

Perjuangan Puteri Umno membela Jeslina Hashim amatlah mendukacitakan dan bertentangan dengan agenda Islam Hadhari serta program Nilai – Nilai Murni yang bakal dilancarkan oleh mereka pada akhir Mac depan. Inilah yang dikatakan sebagai projek “Islam Had Hari”. Pagi berbaju kurung, petang berkebaya Nyonya, dan malam boleh pakai baju sendat ‘bodyfit’.

Budaya apakah yang cuba diterapkan oleh pimpinan UMNO ini? Kebebasan hak asasi disalah ertikan dengan memberikan kebebasan yang melampaui hak Allah dalam Al-Quran yang menginginkan Wanita Islam Menutup aurat, Mencegah Kemungkaran, Menyebarkan kebaikkan.

DPPWP berharap agar pimpinan UMNO berfikiran waras dan tidak mengganggu tugas – tugas yang dilaksanakan oleh pihak JAWI. Begitu juga dengan pihak di Jabatan Perdana Menteri. Kita berharap agar mereka menyokong tindakan JAWI bukannya membantutkan usaha yang telah dilaksanakan. Menjadi tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri yang diterajui oleh Pak Lah iaitu pengasas ‘Islam Hadhari’ untuk menyediakan lebih ramai pegawai penguatkuasa JAWI samada lelaki atau dari kalangan Perempuan.

Dalam pada itu, kita tidak mahu JPM menyediakan kakitangan serta peralatan yang lengkap kepada JAWI tanpa memberikan hak dan kuasa kepada mereka mengikut garis perundangan syariah yang ditetapkan. Bila JAWI menjalankan tugas yang diamanahkan tangan mereka digari, mulut mereka dikunci, di manakah kebebasan mereka serta hak asasi mereka dalam menjalankan amanah yang diberi. Adakah hak asasi dan hak untuk di dengar itu milik Jeslina Hashim sahaja atau milik ekslusif pimpinan UMNO semata.

Sekali lagi pihak DPPWP bertegas dan mendesak agar pihak JAWI meneruskan dakwaan kepada Jeslina Hashim dan rakan – rakannya bagi memastikan tugas yang telah dimulakan oleh JAWI itu selesai, bukannya berhenti sekerat jalan. Kita tidak mahu JAWI bersikap kebudak – budakkan dengan bermain sorong tarik sesuka hati khususnya dalam memperjuangkan amar ma’ruf nahi mungkar.

Pihak DPPWP juga mengesa agar semua NGO dan badan – badan Islam di Wilayah Persekutuan menghantar memorandum dan mendesak agar pihak Kerajaan bersikap serius dalam membasmi maksiat di Wilayah Persekutuan dan seluruh Negara. Kita tidak mahu ‘Industri Dosa’ berkembang biak di dalam Negara dan menjadi Virus yang pastinya amat payah dihapuskan selagi agenda Islam sebenar tidak diketengahkan. Retorik Islam Hadhari hanyalah topengan yang pastinya mengkambing hitamkan Nilai – Nilai Murni Umat Islam dan Bangsa Melayu di dalam Negara ini.

Sekian, terima kasih.

“Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari”

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

5 Comments:

At 8:34 PM, Anonymous Anonymous said...

saya sokong cadangan ini. Jawi jangan jadi kambing hitam. Lawan tetap lawan

 
At 10:47 AM, Anonymous Anonymous said...

What up pemudaWILAYAH! I just finished up a ten hour work day and decided to kick back and do some surfing. So I grabbed myself a drink and stumbled across your blog while doing some research on seattle hotel discounts for a upcoming project I am doing. Well even though JAWI : TERUSKAN DAKWAAN TERHADAP JESLINA DAN RAKAN - RAKAN isn’t what I was looking for I really enjoyed reading your blog. Your doing a great job and please keep up the good work. Lots of people do not keep their blogs up to date :0) There are some very interesting view points stated here. Anyways I am going to grab the bull by the horns and continue to plug away at seattle hotel discounts. I have already bookmarked your blog. You many want to visit me at seattle hotel discounts. You never know you might see something you like! Again great job.

 
At 10:09 AM, Anonymous Anonymous said...

Sad to say I just got back from a bowling tournament and decided to log in and do some websurfing. pemudaWILAYAH I love your blog. I had some very good laughs. I am doing a paper on gatlinburg hotel discounts and have been downloading information for the last hour. I don’t know how I came across JAWI : TERUSKAN DAKWAAN TERHADAP JESLINA DAN RAKAN - RAKAN but I am glad I did. It has set me back a little because I have spent the last hour reading your archives. If you don’t mind I would like to add you to my favorites so I can back again and read some more. Well I need to get back to gatlinburg hotel discounts. I am almost finished with it. Great job.
p.s some very good points on your blog

 
At 8:47 AM, Anonymous Anonymous said...

Hey this blog is not about hollywood hotel discounts. Silly internet bringing me here :-) Funny I have been doing hours of research on hollywood hotel discounts and it brought me to your blog on JAWI : TERUSKAN DAKWAAN TERHADAP JESLINA DAN RAKAN - RAKAN. The web plays funny games sometimes. Anyways, I was reading your blog pemudaWILAYAH and I think it is really cool. Keep up the great work.
If you do not mind I may snag your blog and put it in my favorites. I read a ton of stuff that interested me. Keep blogging away :-)

 
At 5:34 AM, Anonymous Anonymous said...

I love your blog pemudaWILAYAH. How long has it been on-line? Reason I ask is I am doing a ton of work in the area of knoxville hotel discounts and will probably end up starting a blog of my own. Funny how the internet brought me here when I was doing searches on knoxville hotel discounts. Oh well, I am glad it did. Keep up the great blogging and I am sure I will visit JAWI : TERUSKAN DAKWAAN TERHADAP JESLINA DAN RAKAN - RAKAN again!!

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com