Friday, February 18, 2005

Jeslina 'biadap', hina Jawi dalam Melodi

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Pelakon popular yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi),Jeslina Hashim disifatkan biadap berikutan kenyataan yang menghina penguatkuasa Jawi dalam rancangan Melodi minggu lalu.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, pihaknya memandang serius kenyataan Jeslina itu yang sekaligus merendahkan kewibawaan institusi yang bertanggungjawab terhadap undang-undang Islam.
Kata Ustaz Riduan, Pemuda PAS kesal, media elektronik membenarkan kenyataan 'biadap' Jeslina yang jelas mempersendakan akta yang cuba dikuatkuasakan Jawi.

Bagaimanapun, media tidak pernah meminta wakil Jawi untuk memberi kenyataan balas sementara Jawi pula dikatakan ditekan pihak atasan.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang medianya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas majlis penyerahan memorandum bantahan campurtangan kabinet terhadap isu tangkapan Jeslina oleh Jawi beberapa hari lalu.

Turut mengiringi Ustaz Riduan ialah, Timbalannya, Ustaz Kamaruzzaman Mohammad, Exco Pemuda PAS Wilayah, Ustaz Mohd Izwan Mohd Yusop dan Mohd Shuhaimi.

Campurtangan itu mengakibatkan Jawi pada Isnin lalu bertindak membatalkan saman terhadap Jeslina dan beberapa rakan beliau yang ditahan pada 13 Januari di Kelab Malam Zouk.

Jeslina dituduh berkelakuan tidak sopan bersama beberapa rakannya di kelab malam tersebut sewaktu serbuan dilakukan.

Mengulas lanjut kenyataan Jeslina, Ustaz Riduan berkata, pelakon tersebut berani membuat kenyataan menghina tindakan Jawi akibat pembelaan yang Jeslina perolehi dari pemimpin politik dan pertubuhan di negara ini.

Katanya, kegilaan artis itu menghentam Jawi mendapat restu daripada beberap tokoh terkenal dalam masyarakat termasuk Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil; Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad; Presiden Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar dan anak mantan Perdana Menteri, Marina Mahathir.

Pemuda PAS Wilayah seterusnya mempertikai campurtangan itu yang akhirnya menyebelahi pelaku-pelaku maksiat yang terang-terang menghina Islam.

"apa yang kami kesalkan, dalam masa artis dibela berikutan perbuatan maksiat, program ceramah, usrah, tazkirah dan kuliah terus diharamkan kerana dikatakan memecahbelahkan ummah,"kata Ustaz Riduan.

Baginya senario yang berlaku sebenarnya menggambarkan tindakan yang mencerminkan apa yang dikehendaki Umno dalam konsep 'Islam Hadhari' mereka. "Islam Hadhari Umno hanya kosmetik untuk mengaburi mata rakyat.Penzinaan, maksiat, penagihan dadah,judi dan arak terus dibenarkan subur di bawah Islam Hadhari,"katanya. - mks.

7 Comments:

At 8:20 PM, Anonymous Anonymous said...

Dari Abu Bakar As-Siddiq R.A, beliau mendengar Rasulullah S.a.W bersabda.." Hendaklah kamu beriman dengan sebenar-benar iman, jika tidak Allah akan menaikan dari kalangan kamu seorang pemimpin yang zalim,dan ketika itu doa kamu tidak akan di terima Allah s.w.t" (mafhumnya)..Hadis ni dah jelas dan nyata, kalau kita mengatakan pemimpin kita ni zalim dan sebagainya maka itu bukan salah dia, tapi salah kita sendiri, sebab kita tidak beriman dengan iman yg sempurna..so sebelum komen orang lain lebih baik tgk diri sendiri dulu, kalu bukan sebab kita sendiri jugak punya pasal (tak beriman penuh) masakan Allah nak turunkan pemimpin yang zalim untuk kita...so jgn pandai komen orang/pemimpin, kita tak tau amalan sapa lagi yang Allah terima..

 
At 1:56 PM, Anonymous Anonymous said...

Sebenarnya kita tak boleh jugak salahkan Datuk Shahrizat dengan Puan Noraini Ahmad kerana nak tak nak diorang kena campur tangan jugak sebab diorang tu pemimpin wanita di malaysia.So,yang salahnya jeslina sebab membuatkan semua orang serba salah.

 
At 6:26 AM, Anonymous Anonymous said...

nice

http://www.freeastrology.us

 
At 6:26 AM, Anonymous Anonymous said...

good

http://www.exportersinfo.com/

 
At 6:27 AM, Anonymous Anonymous said...

bast

http://www.skincareinfo.us/

 
At 6:28 AM, Anonymous Anonymous said...

nice

http://www.health.ind.in\

 
At 6:28 AM, Anonymous Anonymous said...

http://www.voip-world.us/

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com