Monday, April 23, 2007

Makluman Pertukaran Alamat Blog

Assalamualaikum.w.w

Sukacita dimaklumkan bahawa blog Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah dipindahkan dari blogspot.com ke laman berikut : http://dppwp.wordpress.com/. Diharapkan agar tuan/puan dapat mengemaskinikan link ke blog DPPWP.

Segala maklumbalas, artikel atau cadangan bolehlah dihantar ke;
pemudawilayah@gmail.com / pemudawilayah@yahoo.com.

Sekian. Wassalam

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Makluman Pertukaran Alamat Blog

Assalamualaikum.w.w

Sukacita dimaklumkan bahawa blog Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah dipindahkan dari blogspot.com ke laman berikut : http://dppwp.wordpress.com/. Diharapkan agar tuan/puan dapat mengemaskinikan link ke blog DPPWP.

Segala maklumbalas, artikel atau cadangan bolehlah dihantar ke;
pemudawilayah@gmail.com / pemudawilayah@yahoo.com.

Sekian. Wassalam

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Thursday, April 19, 2007

kempen Cegah Jenayah Bersama PAS Wilayah Persekutuan


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan Program Edaran Risalah sempena Kempen Cegah Jenayah Bersama PAS Wilayah Persekutuan pada 20 April 2007 (Jumaat), bertempat di Pasar Malam Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin menyertai program ini diminta untuk bersolat maghrib dan berkumpul di Masjid Amru Ibnu Al-Ass, Bandar Baru Sentul. Program akan diadakan selepas solat maghrib.

Program ini diadakan khusus bagi menyokong gerak kerja pihak berkuasa dan masyarakat yang kini sedang giat melakukan usaha bagi membanteras serta mengurangkan kadar jenayah yang dilaporkan meningkat pada suku tahun pertama tahun ini.

DPPWP memandang serius dengan perkara ini dan masyarakat harus bersama dengan pihak berkuasa serta badan-badan bukan Kerajaan bagi membanteras kegiatan jenayah.

Membasmi jenayah adalah tanggungjawab semua pihak, tidak kira di mana ia berada. Sesuatu perlu dilakukan dan DPPWP akan terus bersama masyarakat dalam memastikan jenayah di metropolitan ini diperangi.

Cabaran memang besar kerana kita tiada kelengkapan seperti pihak berkuasa. Walaubagaimana pun, itu bukanlah satu halangan kerana kita masih boleh mengadakan program lain bagi memastikan rakyat sedar dan bersama membanteras jenayah. Langkah-langkah pencegahan awal perlulah dikongsi bersama dan inilah yang akan dilakukan oleh DPPWP.

Semoga Allah membantu dakwah dan perjuangan ini. Sekurang-kurangnya kita melakukan apa yang termampu dan tidak berdiam sahaja.

DPPWP juga mengesa agar Kerajaan meningkatkan program dan kempen memerangi jenayah. Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk perlu diaktifkan. Kawalan keselamatan perlu disusun atur. Sistem amaran dan keselamatan perlu dipertingkatkan bagi memastikan kawasan kediaman kita adalah kawasan yang selamat.

Para wartawan dijemput hadir bagi membuat liputan.

Sekian. Terima kasih.



Herman Samsudeen

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tuesday, April 17, 2007

CALON PILIHANRAYA NON MALAY ATAU NON MUSLIM? APA YANG PAS KENA BUAT

DPPWP yakin, ahli non malay yang Islam akan mendapat keutamaan dalam senarai pencalonan. Pemilihan juga harus dilihat dari segi kredibiliti dan keupayaan dalam mengalas tanggungjawab. Jangan kita letak calon yang tak reti buat kerja pengurusan dan asyik berceramah sana-sini. Bila kita memerintah maknanya kita kena buat kerja jaga rakyat dan selalu turun bersama mereka.

Calon juga kenalah orang yang sihat dan masih mampu memegang amanah. Kalau kita letak orang yang ternama seperti bekas kakitangan kerajaan yang dah pencen, itu adalah idea yang baik tapi kena pastikan mereka masih lagi boleh bekerja dan bertenaga. DPPWP tidak mahu kita menyusahkan mereka dengan meletakan amanah yang besar menjaga rakyat dan dalam masa yang sama kesihatan mereka terganggu kerana beban yang banyak.

Ini sekaligus akan menyebabkan musuh menganggap wakil rakyat kita tak perform. Kita juga lihat berapa ramai pemimpin UMNO seperti bekas Menteri Besar Kedah, Syed Razak yang terpaksa berehat panjang kerana sakit. Malah ada yang keluar masuk hospital dan meninggal dunia. Walaupun ajal di tangan Allah, tapi laporan kesihatan peringkat awal kenalah di ketahui oleh mereka yang mencalonkan mereka agar usaha kita membantu rakyat tidak terbantut kerana asyik bermain dengan Pilihanraya kecil yang menelan kos yang amat tinggi.

Selain itu kita juga kena lihat kehendak pengundi. Kalau kawasan yang kita letak calon itu mempunyai 50% atau lebih pengundi bukan Islam tak salah kita letak calon bukan Islam. Lagipun peratusan orang bukan Islam yang keluar mengundi secara purata adalah tinggi khususnya di kawasan yang ramai penduduknya yang bukan Islam.

Kecenderungan pengundi adalah satu perkara yang perlu dianalisis.

Kita juga kena terima hakikat bahawa Malaysia adalah negara majmuk yang mana setiap kaum dan agama berhak untuk meletakan wakil mereka di Parlimen. Mewujudkan sebuah pemerintahan Islam bukanlah bermakna semua wakil rakyat kena orang Islam. Pemerintahan Islam adalah negara dimana pemimpinnya majoriti Islam dan menguasai pentadbiran negara dan mengembangkan dasar Islam serta dakwah.

Adalah lebih baik jika PAS belajar meletakan calon bukan Islam daripada kita terlalu bergantung dengan parti pembangkang yang lain seperti DAP. Kita lihat kini, mereka memang susah nak terima konsep negara Islam kerana tak faham. Mereka berbeza dengan ahli Kelab Penyokong PAS yang benar-benar memahami apa yang PAS nak bawa.

Kalau kita bertegas meletakan calon semuanya yang muslim, DPPWP yakin yang kita akan terus gagal menembusi kawasan bukan Islam dan menguasai Parlimen. Bukan kita tamak, tapi kita kena belajar untuk berdikari dan maju kehadapan dan tidak bergantung bulat-bulat pada KeAdilan yang kita tahu berapa banyak kemampuan mereka. Mereka juga tak mampu letak calon di semua kawasan, kalau mereka boleh buat...mereka tetap tak mampu nak buat kerja Pilihanraya kerana tiada grassroot dan pekerja yang ramai seperti PAS.

Lihatlah semasa Piliharaya 2004 di Putrajaya, KeAdilan mampu letakan calon tapi tenaga kerjanya 80% ahli PAS. Bukanlah kita nak kata KeAdilan tidak kuat, bagi DPPWP kita sama kuat dan perlu saling menguatkan. Kita tidak perlu berebut kerusi dengan Keadilan atau DAP dalam hal ini.

Tapi PAS harus bersedia untuk menyediakan calon bagi kerusi yang Keadilan dan DAP tak letak calon.

Seperti di Sabah dan Sarawak, banyak kerusi yang BN menang tanpa bertanding sebab itu adalah kawasan non muslim yang Keadilan dan DAP tak mampu nak letak calon. Mereka tiada petugas disana, kita ada dan petugas kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana kita juga tak letak calon.

Kejayaan PAS semasa menguasai Kajang juga perlu diberikan perhatian kerana di sana adanya gabungan BA yang kuat dan PAS dibantu dari segi gerak kerja dengan baik, Menetapkan calon melayu seperti di Kajang adalah baik, tetapi kita juga perlu sensitif terhadap kehendak pengundi. Selagi mereka masih boleh terima kita selagi itulah kita akan terus bekerjasama.

Kalau mereka selesa dengan calon kita, InsyaAllah kita tiada masalah untuk menang.

Walau apa pun ideanya, biarkan Jentera Pilihanraya peringkat Kawasan, MTD atau DUN yang tentukan. Tak guna kita kecoh sana-sini tapi kalau grassroot kita tak mencalonkan calon terbaik dan melakukan persediaan bersunguh-sungguh.

DPPWP menasihatkan agar mereka yang terlibat dalam pemilihan calon, tidak membuat pemilihan seperti membeli ikan dipasar. Hanya belek 2 tiga kali sahaja. Mereka kena kenal betul calon tersebut, apa kebaikannya dan keburukannya dan juga potensi yang calon itu ada. Mereka juga perlu melakukan solat Hajat dan Istikharah banyak-banyak semoga Allah bagi petunjuk untuk kita tetapkan calon.

---->Herman Samsudeen

PAS Letak Calon Bukan Islam Dalam Pilihan Raya Umum

Oleh pemudatitiwangsa

"Ulasan Ust. Nasharudin Mat Isa berhubung persediaan PAS bagi Pilihanraya Umum akan datang dalam BERNAMA pada 15 April lalu agak menarik.

DPPWP dapat merasakan bahawa akan terdapatnya satu perubahan besar terhadap strategi PAS dalam menghadapi UMNO dan serangan bertali arus Barisan Nasional dalam Pilihanraya akan datang.

Siapa pun calonnya, biarlah pihak akar umbi yang tentukan, itulah yang Ust Nasa katakan pada media.

Bagi DPPWP, calon yang dipilih kelak haruslah seorang yang memahami Islam dan kehendak kontemporari rakyat.

Calon bukan Islam adalah satu idea yang baik, tapi mungkin boleh ditonjolkan di kawasan yang pengundinya lebih ramai masyarakat bukan Islam. Bagi DPPWP, perkara ini bukanlah satu perkara yang mustahil kerana PAS telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS dari kalangan Kaum Cina dan India.

Tindakan terkedepan ini akan membuatkan UMNO resah dan terpaksa memainkan modal busuk mereka seperti :

"PAS sudah mula hilang arah tuju'"

"PAS adalah agen Cina dan India"

"PAS main silap mata lagi"

"PAS dah abis modal"

ntah...banyak lagi fitnah yang bakal kita dengar...tapi lantaklah mereka. Biarlah mereka berpencak dengan keris kontot mereka. yang penting kita harus pastikan calon tersebut benar-benar sesuai dan memahami Islam dan budaya Melayu bagi memudahkan mereka menjadi Jambatan kepada kesejahteraan rakyat.

Tentang persaraan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , DPPWP beranggapan itu adalah satu lagi rahmat dari Allah kerana pemergiannya akan digantikan dengan seorang lagi pemimpin Islam yang insyaAllah, kita harap akan dapat mengekalkan prestasi baik Tuan Guru. Ini sekaligus akan membuktikan bahawa PAS ramai lagi pemimpin pelapis yang berkaliber dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus menjadi contoh bagi generasi mendatang.

Walaupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk bersara dari menjadi Pesuruhjaya dan menteri Besar Kelantan, DPPWP berharap agar beliau terus menjadi ahli Majlis Syura PAS.

Kita masih memerlukan beliau kerana banyak lagi yang kita mahu pelajari dari beliau,. Semoga Allah lindungi dan panjangkan umur beliau.

----Pemudawilayah


***********************************************************

KOTA BAHARU, 15 April (Bernama) -- Barisan calon PAS bagi pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan perubahan terutama di Kelantan yang akan meletakkan calon bukan Islam selain pertambahan bilangan calon wanita.

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata parti itu akan mengemukakan barisan calon yang seimbang sama ada daripada kalangan profesional atau yang berpendidikan agama.

"PAS juga akan menambah calon wanita dalam pilihan raya umum tetapi ia bergantung kepada pencalonan dari peringkat akar umbi," katanya kepada Bernama di sini.

Secara peribadi, Nasharudin berkata calon bukan Islam boleh bertanding atas tiket PAS tetapi ia tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

"Saya tidak melihat sebarang masalah dalam hal ini kerana ia kini menjadi amalan gerakan Islam di seluruh dunia dan tidak pelik jika ia berlaku di Malaysia," katanya.

Nasharudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Pilihan Raya PAS berkata perkara itu tidak memerlukan pindaan besar kepada perlembagaan parti dan ia mungkin akan dibangkitkan dalam Muktamar PAS ke-53 di Kota Baharu mulai 1 hingga 3 Jun ini.

Beliau berkata barisan parti pembangkang juga bersepakat mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang bagi menumbangkan Barisan Nasional.

"Tidak timbul PAS akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kami sudah solid dengan keputusan satu lawan satu dengan BN," katanya.

Nasharudin juga yakin peralihan kuasa bagi jawatan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjalan dengan baik apabila tiba waktunya.

"Tidak boleh dinafikan bahawa beliau tidak akan duduk di kerusi itu sampai kiamat tetapi khidmat dan pengalamannya masih diperlukan oleh pemimpin pelapis yang banyak belajar daripada cara beliau berpolitik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ura-ura beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat termasuk Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar yang dijangka bertanding di Dewan Undangan Negeri di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang bagi mengisi tempat Nik Abdul Aziz.

Mengenai muktamar kali ini, beliau berkata perbahasan dijangka lebih bertumpu kepada strategi, calon dan kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum ke-12.

-- BERNAMA

BLOGSPOT DPPWM & DPPKT

2 lagi blogspot baru muncul di Wilayah Persekutuan. Sila lah berkunjung ke http://dppwm.blogspot.com (DPP Wangsa Maju) dan http://dppkt.blogspot.com (DPP Titiswangsa) .

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju dan Dewan Pemuda PAS Titiwangsa yang berjaya mewujudkan blogspot tersebut.

Selamat memeriahkan kebenaran dalam era media arus perdana yang mengongkong kebebasan suara.

Monday, April 16, 2007

Ahli Parlimen Pergunakan Anak Bagi Memperkukuhkan Sokongan Politik?

Oleh pemudatitiwangsa

Program Akademik Fantasia yang kini masuk tahun ke Lima sering mengundang bantahan dan kritikan masyarakat.

Konsep undian SMS yang banyak mendapat bantahan dari ahli Parlimen Malaysia seharusnya di ambil perhatian serius termasuk kalangan ahli Parlimen itu sendiri.

Selain itu, konsert yang dianjurkan melalui program ini juga telah menyebabkan rakyat terlalu asyik dengan hiburan sehingga banyak menghabiskan masa dan wang ke arah ini.

Kehendak rakyat agar program-program yang lebih bermanfaat diperbanyakkan telah ditolak ketepi semata-mata untuk memastikan poket pemilik media hiburan tanahair sentiasa penuh.

Paling dikesali adalah sikap pemimpin BN sendiri yang mengalakan program ini dengan penyertaan anak mereka seperti Dafi iaitu anak kepada YB. Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang baru-baru ini kecoh menghentam blogger.

Beliau sebagai pemimpin seharusnya menjadi contoh kepada rakyat agar memastikan anak beliau menjadi model pelajar yang baik bukan sebagai penyanyi.

Kenapa ahli Parlimen pun berfikiran sempit dan rela menuruti kehendak anak mereka untuk menjadi artis sedangkan banyak lagi aktiviti kemasyarakatan yang boleh mereka lakukan dan ajarkan pada anak-anak mereka.

Adakah YB. Ismail Sabri cuba mengambil peluang ini untuk meningkat pengaruh undi dan penyokong beliau yang mana kita tahu bahawa umat Melayu kini dilanda krisis kemaruk hiburan yang melampau.

Seharusnya kerajaan memainkan peranan yang lebih agreasif bagi memastikan dunia hiburan negara terkawal dan tidak merosakkan anak bangsa. Kebanjiran program hiburan didapati telah memberikan kesan kepada beberapa sektor dalam negara khususnya dalam soal buruh yang menyebabkan terlalu banyak pengangguran geseran.

Ini disebabkan oleh ramainya anak muda yang mengambil jalan pintas menyertai program realiti hiburan bagi mendapatkan kesenangan dan pekerjaan yang hakikatnya hanya seorang dua sahaja yang berjaya. Bakinya, mereka terpaksa berusaha untuk bermula semula kerana ada kalangan mereka yang berhenti kerja atau gagal menumpukan perhatian pada pengajian kerana sibuk untuk mengejar dunia glamour.

Selain itu, pembaziran wang melalui SMS yang dihantar banyak berlaku dan ini hanya menguntungkan syarikat telekomunikasi dan merugikan rakyat sendiri.

Kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi membendung kebanjiran program realiti hiburan agar penumpuan terhadap pembinaan modal insan dapat dilakukan dengan baik.

Sunday, April 15, 2007

LAUNGAN AZAN ADALAH HAK UMAT ISLAM YANG PERLU DIHORMATI

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Ahli Parlimen DAP dari Kepong, YB. Dr. Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan isu laungan azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat yang bukan Islam di negara ini.

Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007 bagi memperkukuhkan hujah untuk mewujudkan Interfaith Council (IFC).

Walaubagaimana pun, YB. Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut. Adakah kerana kehendak seorang penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan?

YB. Tan perlu memahami adat dan budaya semua kaum memandangkan beliau adalah seorang ahli Parlimen yang mewakili satu kawasan yang turut dihuni oleh umat Islam juga.

Wajib bagi beliau belajar untuk memahami budaya umat Islam sama seperti umat Islam memahami budaya masyarakat Cina yang melakukan banyak upacara yang boleh dikatakan mengganggu suasana siang dan malam kaum lain. Sebagai contoh, upacara penghormatan bagi ahli keluarga kaum Cina yang meninggal dunia, acara Tahun Baru Cina yang dimeriahkan dengan persembahan gendang Cina, Upacara Meraikan Pesta Hantu dan sebagainya.

Umat Islam walaupun ada yang tidak puas hati dengan beberapa amalan kaum Cina tapi, kita tidak membangkitnya kerana kita memahami bahawa itu adalah adat Kaum Cina yang harus dihormati.

Jadi DPPWP berasakan bahawa tiada sebab untuk YB. Tan cuba untuk menghalang azan dikumandangkan kerana ianya ditujukan kepada Umat Islam bagi memaklumkan Waktu Sembahyang dan mengajak mereka bersembahyang di Masjid atau surau.

Ini adalah amalan agama Umat Islam yang patut dihormati dan setelah 50 tahun negara Merdeka kita sebenarnya telah menerima kontrak sosial ini secara bersama. Oleh itu tiada sebab untuk YB. Tan cuba menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

DPPWP akan mengaturkan satu pertemuan berupa dialog bersama YB. Tan serta pimpinan DAP lainnya bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara baik. Demontrasi adalah satu pilihan jika isu ini gagal diselesaikan melalui dialog tersebut.

DPPWP mahu agar YB. Tan menarik balik cadangan beliau agar daripada 5 kali azan yang dilaungkan setiap hari, satu azan dilaungkan dengan perlahan agar tidak mengganggu Kaum lain.

Beliau juga harus meminta maaf kepada Umat Islam atas keterlanjuran desakan beliau yang didasari oleh kehendak seorang penyokong beliau yang tidak memaham amalan dan hak umat Islam.

Secara kesimpulannya DPPWP menolak cadangan YB. Tan dan berharap agar pihak Kerajaan tidak melayan permohonan beliau agar azan dikumandangkan dengan perlahan kerana ia adalah salah satu dari syiar Islam yang amat penting.

DPPWP juga berharap agar isu-isu berkaitan dengan agama dan amalan umat Islam atau agama lain tidak dibangkitkan atau dipertikaikan bagi mengelakkan perpecahan rakyat yang mengundang sengketa yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Perbezaan pendapat dan fahaman agama adalah satu perkara yang kita harus fahami dan hormati. Semoga hubungan antara kaum dan agama di negara dapat terus dijaga dan dipelihara bagi memastikan kelestarian hubungan yang harmoni dan keamanan negara dapat terus dikecapi hingga ke generasi mendatang.

Herman Samsudeen

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Jawapan kepada PERANTAU bagi isu ‘Darul Pondan’

DPPWP memahami kekecewaan PERANTAU dalam isu ini dan DPPWP tidak berhasrat untuk menambah luka yang kian parah. DPPWP memohon maaf kalau artikel yang lepas terlalu kasar ayatnya, tapi bukanlah maksud kami untuk menghina negeri tuan-puan.

DPPWP hanya mengingatkan kepada rakyat Terengganu agar bijak memilih pemimpin kerana kita harus akui bahawa bahana yang dibawa oleh pemimpin UMNO terlalu banyak.

Jika dilihat terhadap apa yang berlaku di Kelantan, memang letih juga Kerajaan PAS nak cuci najis-najis kemaksiatan yang ditinggalkan oleh UMNO.

PAS yang memerintah di Terengganu satu ketika dahulu turut merasai perkara yang sama. Tapi yang pelik, bagaimana rakyat Terengganu boleh kembali kepada UMNO dan hasilnya tuan-tuan boleh lihat sendiri.

Berapa banyak kebaikan yang tuan-tuan dapat berbanding dengan kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di Terengganu?

Rumah dan surau diroboh, jenayah dan pondan makin ramai. Ekonomi negeri tidak berkembang, hutang kerajaan Negeri meningkat semula. Kerajaan BN di Terengganu hanya tahu mengemis pada Kerajaan Pusat, itu pun pemimpin dan sebahagian ahli BN sahaja yang dapat merasai hasilnya.

Bagaimana rakyat Terengganu boleh terus hidup begini?

Terengganu berbeza dengan kami di wilayah kerana tuan-tuan telah berpengalaman dan lihat dengan jelas perbezaan kepimpinan PAS berbanding UMNO-BN. Lagi pun negeri tuan-puan jauh di pantai Timur dan kerajaan pusat sukar nak buat sesukahati seperti di Wilayah-KL ini.

Dan tuan-tuan juga boleh lihat bahawa di Wilayah ini BN telah memerintah lama dan tiada peluang buat PAS pada masa tedekat ini untuk memerintah Wilayah secara keseluruhannya.

Wilayah ini juga dihuni dengan hampir 49.9 peratus masyarakat bukan Melayu dan amat sukar untuk mereka menerima PAS dalam keadaan Kerajaan BN selalu memfitnah PAS sebagai parti Ekstrimis Islam.

Di Sana rakyatnya ramai yang Melayu-Islam. Kaum Cina juga reti nak hormati hak orang Melayu tidak seperti disini. Tetapi kenapa tak guna peluang ini untuk pilih Kerajaan yang lebih baik.

Adakah kain batik, beras dan wang ringgit yang UMNO berikan semasa pilihanraya sebagai rasuah dapat menyelesaikan masalah rakyat Terengganu.

DPPWP sentiasa peka terhadap isu pondan dan jenayah di Kuala Lumpur dan kita telah banyak kali membuat pertemuan dengan Polis, DBKL, JAWI dan segenap pihak berkuasa bagi memastikan isu Pondan dan jenayah dapat diselesaikan.

Namun, selagi rakyat memberikan kunci pemerintahan negara kepada BN, maka tuan-tuan harus pandai menjaga anak-anak dan diri sendiri agar tidak menjadi penjenayah atau mangsa jenayah.

Kepada PERANTAU, anda harus bijak memilih teman untuk bekerjasama dan punyai prinsip agar tidak tersalah langkah dan membiarkan negeri Terengganu terus menjadi sarang jenayah seperti di tempat kami.

DPPWP hanya mengingatkan, selagi ada peluang untuk merubah Kerajaan, lakukanlah sebelum anak-cucu tuan puan Kencing berdiri di atas kubur tuan puan kerana kegagalan tuan puan memilih pemimpin yang baik untuk menjaga masa depan mereka.

Sekali lagi DPPWP meminta maaf jika penjelasan ini tidak memuaskan hati PERANTAU dan rakyat Terengganu lainnya. Semoga Allah terus MELINDUNGI TERENGGANU DAN MERAHMATI RAKYATNYA.

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...

HERMAN SAMSUDEEN

Friday, April 13, 2007

OH MY GOD ! RUGI LAGI : PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT

( SEHINGGA 9HB OGOS 2006 )

k`jaan takde duit intk Skim Pinjaman Buku Teks.... tapi apapasal ada list ni...
1. Kerugian Bank Islam RM480 Juta
2. Cadangan membina Pusat Sukan London RM490 Juta
3. Penerbangan Malaysia Bhd Bayar Gantirugi kpd MAS RM650 Juta
4. Cadangan Kerajaan Beli Balik ECM Libra RM830 Juta*
5. Kerugian TNB di Indonesia RM250 Juta
6. Projek Islamic Civilisation Pulau Wan Man RM250 Juta
7. Kerugian Pelaburan Unit Trust KWSP RM 600 Juta
8. Kerugian Matrade RM160j + tambah rugi RM12j RM 172 Juta Tambahan
9. Komisen pembelian Scorpene + Sukhoi - RM 600 JUTA
10. Pembelian Jet VIP Baru RM 200 Juta
11. Penganjuran Monsun Cup RM 200 Juta
12. Pembaikan Tiang MRR2 - Jutaan ( ? )
13. Pembayaran wang kerajaan kepada Pihak Konsesi Tol (seperti di laporkan di dalam artikel 18 Qustions about tol ) --- RM 4.85 billion

14. Pengagihan wang rakyat kepada setiap bahagian Umno - RM 200 juta ?
15. Tandas canggih Di sekitar KL - ?
16. Eye On Malaysia - RM 30 Juta
17. Bailout untuk syarikat GLC sakit ( Star LRT , MAS ..etc ) - RM 11 Billion
18. Kos pembaikan Parlimen tiga tahun lepas- RM 99 juta ( meningkat dari bajet asal RM 39 JUTA )


Jumlah sekarang ? kena kira sendiri .... hhmmm
Kena simpan artikel ni...update bila perlu...boleh keluarkan balik masa pilihanraya nanti...sebab melayu mudah lupe..

Thursday, April 12, 2007

Terengganu Kini Bertukar Menjadi Darul Pondan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu yang kini mengalami masalah peningkatan golongan ‘pondan' atau lebih lembut lagi disebut sebagai ‘Mak Nyah.

Laporan akhbar Kosmo bertarikh 12 April 2007, telah memetik pengakuan rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, YB. Datuk Rosol Wahid yang mengesahkan peningkatan gejala yang tidak sihat ini di negeri Terengganu.

“Nampaknya sudah ada trend di kalangan remaja di negeri ini menjadi Mak Nyah. “

Tambah beliau lagi;

“Antara punca fenomena ini berlaku adalah disebabkan oleh pengaruh perwatakan lelaki lembut yang sering ditonjolkan oleh selebriti”

DPPWP bersetuju dengan pandangan beliau bahawa pengaruh selebriti lembut ini telah banyak mempengaruhi para remaja masa kini. Media massa, terutamanya saluran televisyen dan radio telah banyak mempromosikan golongan ini sama ada sebagai pengacara, artis, atau pesonaliti media.

Mereka diberikan ruang seluas-luasnya untuk menampilkan bakat dan pesonaliti lembut mereka yang kadang kala seperti dibuat-buat. DPPWP melihat bahawa Kerajaan BN Negeri Terengganu turut bersama dengan mereka bagi mempromosikan golongan ini.

Program Perkampungan Islam Hadhari di Terengganu sebenar adalah satu penipuan massa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memikat rakyat. Hakikatnya, program tersebut jika dilakukan di negeri lain, ianya dipanggil Karnival Jom Heboh yang dahulunya dikenali sebagai Sure Heboh. Di sinilah Kerajaan Negeri bersekongkol dengan pihak media dan artis bagi mempromosikan selebriti lembut ini seterusnya merosakan belia dan remaja Terengganu.

Bagi DPPWP, fenomena Mak Nyah ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia sudah lama bertapak di Kuala Lumpur, negeri yang ditadbir oleh suku sakat BN Negeri Terengganu sejak sekian lama. Inilah suku sakat yang menjadi duri dalam daging dan tidak pernah ikhlas dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Kini kudis dan kejelekan ini telah merebak ke Pantai Timur melalui Gelombang Biru yang akhirnya menyebabkan sebuah Negeri yang Kerajaannya terlalu taksub dengan slogan Islam Hadhari bertukar menjadi Darul Pondan.

Hadharah Islamiah di tolak ke tepi, Al-Ghazali terus di cari, malangnya Pondan Hadharah pula yang muncul.

Dahulu rakyat Terengganu bangga dengan perkataan Darul Iman di belakangnya kini mereka harus malu kerana kesilapan mereka yang memilih pemimpin yang lemah dan banyak membawa kemaksiatan ke negeri tersebut.

Oleh itu, DPPWP menyeru agar rakyat Terengganu bangkit sebelum anak-anak anda juga menjadi Mak Nyah, seterusnya memalukan seluruh kaum kerabat dan suku sakat anda.

sedar bahawa memang ada manusia yang dilahirkan dengan jiwa yang lembut walau pun hakikatnya mereka itu adalah lelaki, tetapi mereka seharusnya memahami fitrah semulajadi dan tidak terlalu mengikutkan naluri serta nafsu semata-mata.

Tindakan penjara yang dilakukan oleh Kerajaan BN sekarang terhadap golongan ini turut diakui gagal untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka sudah kekontangan idea untuk membanteras gejala ini. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk membantu mereka dan DPPWP yakin bahawa PAS Negeri Terengganu mampu melakukannya.

DPPWP berharap agar rakyat Terengganu belajar dari pengalaman ini, dan bangkit membuat perubahan dalam Pilihanraya akan datang jika tidak mahu negeri anda digelarkan TERENGGANU DARUL PONDAN buat selamanya.


Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

OPERASI JEJAK ADIK MUHAMAD NAZRIN

Oleh Mohd Shahraini Abu Sahid, Setiausaha Unit Amal DPPWP

KUALA LUMPUR - Atas dasar tanggungjawab dan perihatin terhadap kesusahan yang menimpa keluarga En. Syamsul Ghazali yang kehilangan anak sulungnya iaitu Muhamad Nazrin mendorong Unit Amal DPPWP menjalankan operasi menjejaki kanak-kanak tersebut pada hari Ahad yang lalu bersamaan 8 April dibeberapa kawasan utama di ibukota seperti Chow Kit, Kg. Baru, beberapa kompleks membeli-belah yang berdekatan dengan Kompleks Sogo dan Masjid India.

Menurut pengarahnya Sdr Saripudin Mohd Yatim, Unit Amal DPPWP akan menjejaki Muhamad Nazrin di lorong-lorong gelap yang menjadi kegiatan pelacuran, dadah dan maknyah yang kebanyakan orang awam tidak berani melalui kawasan tersebut.

" Sebenarnya diawal kehilangan Muhamad Nazrin, saya merasa cukup terharu dan sekadar bersembang dengan sahabat-sahabat Unit Amal yang lain dan saya telah berkata bahawa kita perlu buat sesuatu. Ketika itu, beberapa anggota Unit Amal DPPWP yang bertugas sebagai keselamatan menjaga pejabat Agong PAS Pusat telah menerima poster kehilangan adik Muhamad Nazrin yang diedarkan oleh keluarga En Syamsul dan sehingga hari Jumaat 6 April lalu ketika kami bertugas sebagai keselamatan dalam himpunan membantah tindakan biadap parti Gerakan yang mengusulkan supaya mufti Perak dipecat di Masjid Kg Baru, saya telah berbincang dengan anggota Unit Amal dan saya telah membuat keputusan bahawa Unit Amal perlu menjalankan operasi jejak adik Muhamd Nazrin. Walaupun agak kelewatan operasi yang ingin kami jalankan, tapi memandangkan jejak Muhamad Nazrin tidak dapat dijumpai, maka kami telah sepakat untuk membantu sekadar yang kami mampu."

Seramai 16 orang anggota Unit Amal DPPWP dan seorang wakil pemuda PAS yang datang dari Serdang dan seorang lagi daripada pemuda PAS kawasan Batu telah bersama-sama menyertai operasi ini. Operasi ini dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Lebih kurang 300 poster adik Muhamad Nazrin telah dicetak untuk diedarkan kepada orang ramai selain menampal poster tersebut ditempat umum. Walaupun tiada tanda-tanda pertemuan dengan adik Muhamad Nazrin, operasi ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan orang awam supaya lebih perihatin terhadap nasib yang menimpa keluarga En Syamsul. Diharap semua pihak dapat terlibat dan beri kerjasama sekiranya berlaku lagi kejadian seumpama ini.

Tuesday, April 10, 2007

PKR akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Ijok, Selangor

Oleh Roslan SMS

Pengerusi Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah mengumumkan bahawa partinya akan bertanding di kerusi DUN N.16 Ijok ekoran kekosongan berikutan kematian ADUN-BN dari MIC di sana. DUN Ijok ditandingi oleh PKR dalam PRU 2004 lalu dan calon mereka ketika itu tewas dengan majoriti 1,649 undi iaitu antara yang paling tipis bagi kerusi-kerusi yang ditandingi Barisan Alternatif (PAS dan PKR) seluruh Selangor ketika itu.

Monday, April 09, 2007

Ahli PAS perlu komitmen yang tinggi untuk menang pilihan raya

Oleh Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - PAS sukar mengecapi kemenangan dalam pilihan raya memandangkan cara pertandingan yang selama ini diadakan berdasarkan padang yang tidak sama rata.

Menurut Pengarah Centre for Educational Research and Innovation (CERI), PAS Pusat, Dr Wan Abd Rahman Wan Abd Latif, untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya, merancang strategi seperti memastikan daftar pemilih amat penting tetapi jika terlalu menumpukan perkara teknikal sehingga melupakan dimensi agama ia belum tentu menjamin kemenangan.

Oleh itu katanya, ramai pejuang Islam terlupa bahawa doa merupakan senjata penting dan menyumbang kemenangan dalam pilihan raya.

Beliau berkata, tarbiyah memainkan peranan penting dalam konteks komitmen ahli jika tarbiyah kurang maka komitmen pejuang PAS terhadap gerak kerja parti akan terjejas.

Menurutnya, pilihan raya merupakan strategi bagaimana petugas-petugas parti daripada parti yang bertanding mahu memenangi hati dan fikiran pengundi.

Katanya, untuk berada di tahap itu pekerja parti perlu memenuhi prasyarat kemenangan dalam perjuangan iaitu komited pada tarbiyah.

Beliau merupakan bekas Pensyarah Sains Politik, UKM dan bergerak aktif serta memberi sokongan kepada perjuangan PAS sejak tahun 1984.

Abd Rahman mencadangkan supaya petugas PAS mengamalkan solat tahajud, membaca al-Quran, menghafal doa-doa dan sentiasa berada dalam keadaan wudhu.

"Saya yakin dalam kaedah ini jemaah Tabligh lebih komited untuk bangun tengah malam, membaca al-Quran dan mengajak orang datang ke masjid dengan cara pergi dari rumah ke rumah," katanya.

Tambah beliau, PAS akan meraih kemenangan dalam pilihan raya jika kaedah Tabligh itu digunakan oleh petugas-petugas parti.

ISU PEMECATAN MUFTI PERAK SELESAI SECARA BAIK

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan Alhamdulilah dan syabas kepada seluruh umat Islam kerana kemenangan yang diberikan oleh Allah terhadap Isu Pemecatan Mufti Perak.

Tindakan YB. Datuk Dr Tan Kee Kwong memohon maaf secara terbuka adalah bukti bahawa jika umat Islam bersatu dan bangkit mempertahankan hak dan kepercayaan, maka tiada siapa yang berani menghina serta memperlekehkan umat Islam.

DPPWP berharap agar kejadian ini menjadi satu pengajaran kepada semua pihak agar terus menghormati hak dan kepentingan semua pihak.

Penyelesaian sebegini adalah positif dan memberikan impak yang berganda kepada semua pihak. Tindakan Parti Gerakan dan YB. Tan dalam menyelesaikan masalah ini dengan segera amatlah bertepatan dengan kehendak semua pihak dan DPPWP akan meneruskan misi bagi membina hubungan yang baik bersama Parti Gerakan dan seluruh organisasi politik dan NGO yang ada.

DPPWP tidak berminat untuk bermusuh dengan mana-mana pihak. Bukanlah dasar PAS untuk menjadi kumpulan ekstrimis atau cauvinis. PAS lebih suka memilih jalan perundingan dan demontrasi adalah pilihan jika perundingan dianggap kurang menyengat.

Tindakan Demontrasi pada Jumaat lalu bukanlah propaganda DPPWP untuk menakutkan rakyat tetapi sebagai satu perhimpunan umat bagi menyatakan hasrat rakyat yang beragama Islam yang cintakan kedamaian dan keharmonian. Setiap bangsa dan agama mempunyai budaya dan kepercayaan yang harus dihormati semua pihak.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua memahami batas-batas yang ada dan saling hormat menghormati.



Kamaruzaman Mohammad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan