Surau Berembang Dirobohkan, 11 Orang Pemuda Ditahan Polis
Kehadiran lebih 100 orang penguatkuasa MPAJ yang dibantu oleh pasukan polis Ampang, FRU, SB dan JAIS telah disambut dengan berani oleh para penduduk dan sukarelawan yang terdiri daripada NGO, ahli PAS serta Parti KeAdilan Rakyat dan individu.
Para penduduk telah bersolat hajat mohon kekuatan dan kesabaran dari Allah bagi menghadapi episod duka yang penuh tragis ini. Solat hajat berkenaan telah di imamkan oleh YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat.
Surau inilah satu-satu tempat yang terdekat dan paling bersih untuk mereka tunaikan solat setiap hari disamping menempatkan anak-anak penduduk kampung yang masih kecil.
Setelah berjaya, meleraikan benteng manusia yang didirikan oleh penduduk, beberapa orang penguatkuasa MPAJ dilihat meluru ke dalam surau dengan memakai kasut but dan menendang barang-barang yang ada disamping memecahkan semua tingkap surau. Pada masa yang sama mereka menemui sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut berkubu didalam surau.
Setelah semua penduduk dan sukarelawan dihalau keluar, MPAJ telah meminta pihak FRU membuat halangan bagi memastikan para penduduk tidak dapat memasuki surau itu lagi.
Papan tanda surau dipotong tiangnya dan diberikan pada penduduk sebagai memperingati kezaliman Kerajaan UMNO-BN. Pemandu, jentolak telah diarahkan untuk merobohkan surau berkenaan bermula dari bahagian hadapan surau hingga ke tempat wuduk. Suasana hiruk pikuk yang datang dari bunyi enjin jentolak gagal menenggelamkan suara takbir yang dilaungkan oleh para penduduk.
Satu demi satu binaan surau runtuh menyembah tanah, Bermula dari dinding, bumbung dan lantai surau, semuanya musnah dek kezaliman Khir Toyo dan Kroni UMNO Selangor.
DPPWP melihat bahawa kejadiaan ini tiada bezanya dengan apa yang berlaku terhadap rakyat Palestine yang turut dirobohkan rumah mereka oleh tentera Israel Laknatullah.
DPPWP juga amat kesal kesan pihak MPAJ turut merobohkan beberapa khemah penduduk yang telah dibina sejak 20 November lalu. Negara apakah ini? Inikah kerajaan yang ingin kita pertahankan dan sokong. Di mana letakkan perikemanusiaan. Rakyat dilayan seperti haiwan yang boleh diusir bila-bila masa tanpa sebarang gantirugi atau ehsan. Hidup berbumbungkan langit dan berlantai bumi sahaja.
Anak-anak yang masih kecil merintih sayu, ibu-ibu membisu seribu bahasa, para ayah kelihatan merah mukanya menahan amarah.
Dicelah-celah cerita sedih ini, kita melihat rakyat Malaysia masih boleh ketawa, Khir Toyo masih boleh bergembira, MPAJ-Polis-JAIS tersenyum bangga kerana berjaya membuktikan pada bos mereka, bahawa merekalah balaci yang terbaik dan hebat di dunia ini.
Dalam kejadian penuh kezaliman ini seramai 11 orang pemuda yang terdiri dari penduduk kampung dan sukarelawan pemuda telah ditahan. Mereka telah dibawa ke IPD Ampang untuk diambil keterangan.
Dalam kejadian hari ini SUK DPPWP, Saudara Zulkarnain turut ditahan. Exco DPPWP, Saudara Khairul Anuar dan para sahabat masih menantikan mereka diluar Balai IPD Ampang.
Marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat pada Allah agar sahabat-sahabat kita ini dapat dibebaskan dan penduduk Berembang dapat dibela.-Herman Samsudeen
0 Comments:
Post a Comment
<< Home