Saturday, November 25, 2006

MPAJ Berusaha Robohkan Surau Kg. Berembang

Pada malam 23 November 2006 (Khamis), Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyertai Majlis Solat Hajat bersama penduduk Kg. Berembang yang menjadi kezaliman Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Photobucket - Video and Image Hosting

Dalam majlis itu, DPPWP dimaklumkan bahawa pihak MPAJ akan datang lagi pada keesokkan hari (24 November 2006, Jumaat jam 3.00 petang) untuk merobohkan surau berkenaan. Sebelum ini, pada 20 November lalu pihak MPAJ telah merobohkan semua rumah-rumah penduduk kampung berkenaan. Kini hanya tinggal surau berkenaan dan dikelilingi oleh khemah-khemah penduduk yang telah kehilangan rumah yang mereka diami sejak 40 tahun yang lalu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Selepas solat Jumaat, DPPWP yang diketuai oleh Ketua Pemuda, Saudara Kamaruzzaman Mohammad telah turun untuk bersama penduduk Kg. Berembang pada hari berkenaan bagi mempertahankan surau berkenaan. Alhamdulillah, setelah menunggu hingga ke waktu asar, tiada kelihatan kelibat kakitangan MPAJ di perkampungan berkenaan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Pihak DPPWP mendapat maklumat bahawa pada hari berkenaan MPAJ tidak jadi untuk turun merobohkan surau berkenaan kerana mereka sedang sibuk mengadakan Program Mesra Rakyat, sempena Minggu Kualiti MPAJ.

Walaubagaimana pun, DPPWP difahamkan bahawa MPAJ tetap akan merobohkan surau berkenaan bagi memastikan semua penduduk yang berkhemah dikawasan tersebut beredar dan mencari penempatan lain.

Maklumat terakhir yang diterima, MPAJ dijangkakan akan datang merobohkan surau berkenaan pada hari Isnin depan, 27 November 2006. DPPWP menyeru kepada semua umat Islam untuk turun pada hari berkenaan bagi bersama-sama mempertahankan surau tersebut bersama-sama para penduduk.

DPPWP amat kesal dengan tindakan zalim MPAJ dan Kerajaan Selangor yang mengabaikan kebajikan rakyat semata-mata untuk memastikan objektif Setinggan Sifar Negeri Selangor sebelum akhir tahun ini tercapai.

Photobucket - Video and Image Hosting

Inilah balasan Kerajaan UMNO-BN kepada rakyat yang selama ini setia mengundi dan menyokong mereka. Ketika berada diperkampungan berkenaan ahli-ahli pemuda PAS masih dapat melihat banner dan poster kempen BN yang bertaut ditiang letrik berhampiran surau dan sekitar kampung. Ternyata penduduk kampung ini bukanlah penyokong pembangkang. Mereka adalah penyokong kuat BN, tetapi dilayan seperti pelarian oleh pemimpin yang mereka puja yang yakini selama.

Pihak DPPWP difahamkan bahawa tiada seorang pun pemimpin UMNO atau BN yang turun melihat keadaan mereka sehingga ke hari. Oleh itu atas dasar kemanusian, Islam dan sayangkan umat Melayu, DPPWP mengenepikan perbezaan fikrah politik dan duduk bersama ahli-ahli UMNO ini untuk memperjuangkan kebajikkan dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Photobucket - Video and Image Hosting

InsyaAllah DPPWP akan menghantar wakil bagi menziarahi penduduk Kampung ini dan menyampaikan bantuan bagi meringgankan beban mereka.

Bagi mereka yang berminat untuk bertemu dan bersama penduduk Kg. Berembang, satu Majlis Tayangan dan Persembahan Khas akan diadakan oleh anak-anak Kg. Berembang pada 25 November 2006 (Sabtu), selepas solat Isyak.

Untuk makluman, penduduk kampung ini juga memerlukan sedikit bantuan kewangan dan makanan termasuklah juga sokongan dari kita semua.

Bagi mereka yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi wakil DPPWP, saudara Suhaimi ditalian: 019-6039187.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com