Pendedahan Kementerian Kewangan Mengecewakan Rakyat
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Memandang serius teguran dan pendedahan rasmi Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Hilmi Yahya berhubung perbelanjaan bernilai jutaan ringgit oleh beberapa Kementerian dan Agensi Kerajaan bagi mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri setiap tahun.
Kenyataan yang dibuat semalam, benar-benar menyentap rasa kecewa rakyat kerana kita memaklumi bahawa setiap Kementerian dan Agensi Kerajaan adalah dijana dengan wang rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat. Ini adalah tindakan yang sukar dimaafkan oleh rakyat.
DPPWP tidak membantah sekiranya pihak Kementerian dan Agensi berhasrat untuk mengadakan apa-apa jua Majlis keraian bagi meraikan kakitangan dan pelanggan atau rakyat, tetapi perbelanjaan berhemah perlu dilaksanakan.

DPPWP melihat bahawa pembaziran yang melibatkan kos jutaan ringgit ini adalah tidak munasabah. Mengikut pemerhatian DPPWP, kebanyakkan Kementerian dan Agensi yang sering mengadakan majlis sedemikian, kebiasaanya akan menjemput sekitar 3000-5000 orang tetamu. Berdasarkan pemerhatian ini, DPPWP beranggapan bahawa Majlis sedemikian boleh diadakan dengan anggaran kos yang maksimum RM 50 bagi seorang tetamu dengan jumlah anggaran perbelanjaan sekitar RM 250, 000 sahaja. Tetapi apa yang mereka buat adalah berlebihan dari yang sepatutnya.
Oleh itu DPPWP mengesa Jabatan Audit Negara untuk membuat pemeriksaan ke atas semua Kementerian dan Agensi Kerajaan berhubung perkara ini. DPPWP berharap agar pihak Kementerian Kewangan mendedahkan kepada media dan rakyat akan senarai Kementerian dan agensi yang didakwa melakukan pembaziran ini bagi membuktikan ketelusan Kerajaan dalam memegang amanah rakyat.
Adakah negara kita sudah cukup kaya untuk membazirkan wang rakyat dengan cara sedemikian rupa. Kita khuatir dengan dengan sikap segelintir Menteri dan Pegawai Atasan Kementerian dan Agensi yang terlalu tamak dan suka mengadakan Majlis yang terlalu mewah.

DPPWP dimaklumkan, Kadang kala ada Kementerian dan Agensi yang suka mengadakan majlis atau Mesyuarat Peringkat Pengurusan seperti Perbincangan Dasar -Dasar Kerajaan, Mesyuarat Post-Cabinet, Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ), retreat dan sebagainya diluar dari ibu Pejabat mereka.
Mereka didapati gemar mengadakan mesyuarat sedemikian di Hotel-hotel atau resort diluar dari kawasan Ibu Pejabat. Ini amat menghairankan kerana pihak Kerajaan sendiri telah membina Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Negara dengan fasiliti Kelas Pertama. Ruang Pejabat yang besar, Bilik-bilik Mesyuarat yang pelbagai fungsi dan Pusat Konvensyen yang dilengkapi dengan berbagai-bagai Kemudahan.
Adakah ini masih tidak mencukupi hingga mereka perlu menghabiskan duit rakyat untuk mengadakan aktiviti di tempat-tempat yang mahal. Kita tidak mahu sebarang penyalahgunaan duit rakyat berlaku hanya kerana ingin memenuhi kehendakan Pemimpin atau pegawai-pegawai atasan tertentu.
Oleh itu, DPPWP mengesa agar Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan memainkan peranannya bagi membendung gejala yang tidak sihat ini. Kita tidak mahu melihat pegawai-pegawai kerajaan ini terlalu leka dan membazirkan duit rakyat, sedangkan khidmat yang diberi tidak seberapa.
Lihatlah diluar ini, masih ada rakyat kita yang meminta sedekah ditepian jalan dan rumah-rumah ibadat. Masih ada rakyat kita yang tidak berumah kerana rumah mereka dirobohkan oleh Penguatkuasa Kerajaan Tempatan atas dasar Setinggan Sifar.

Diluar ini juga, kita harus sedar bahawa masih ramai lagi anak-anak yatim, orang-orang tua dan golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan Kerajaan.
Oleh itu kita berharap agar adanya kesedaran bagi Kakitangan Kerajaan untuk hidup bersyukur dan berjimat cermat. Jangan kerana kebuasan sesetengah Pemimpin dan Pegawai Kerajaan, tahun depan harga minyak dinaikkan, harga beras digandakan, tariff air dan elektrik ditingkatkan.
Sebelum ini Pemimpin kerajaan selalu menuduh bahawa rakyat Malaysia terlalu boros dengan menggunakan terlalu banyak peralatan elektrik, membazirkan banyak air tiap hari, berbelanja besar untuk keperluan harian dan sebagainya. Kerajaan juga selalu mengesa rakyat agar berjimat cermat bila harga minyak serta tarif air dinaikkan.
Pada kali ini DPPWP bersama rakyat menyeru agar Kerajaan turut berjimat cermat. Kita tidak mahu Pemimpin kerajaan cakap berdegar-degar tentang Jimat Cermat tetapi dalam masa yang sama ekornya bergelumang dengan tahi. Ibarat menepuk ke air, terpercik jua ke muka sendiri. Mengata dulang paku serpih, mengata rakyat-Kerajaan yang lebih.
Oleh itu, bersamalah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berjimat cermat demi kelangsungan sebuah tanahair yang maju dan berdaya saing.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

1 Comments:
Assalamualaikum...maaf kiranya komen ini tidak ada kena mengena dgn topik.Sy hanya mempunyai kemusykilan agama dan meminta bantuan utk diselesaikan kiranya mampu.
Masalah sy:
Saya mempunyai adik yang akan berkahwin pada bulan 12 ini.Kami telah membeli seekor lembu dgn harga RM2500.Lembu ini juga dikongsi utk aqiqah 7 org sepupu saya.Namun,kami mempunyai masalah utk menentukan kos utk sekepala bayi yg akan diqiqahkan.
1.Berapakah yang perlu dibayar utk setiap bayi?
2.Adakah RM2500 ini dibahagi sama rata dgn 7 org utk aqiqah dan 1 adik sy akan berkahwin?
3.Adik sy sanggup membayar RM1500 dan RM1000 yg lebihnya dibahagikan dgn 7 org utk aqiqah.Bolehkah berbuat demikian?
Sy mengharapkan agar saudara dpt membantu sy dlm hal ini.sekian..terima kasih.
Post a Comment
<< Home