Monday, November 20, 2006

Diskusi PRU ke12 dalam Ijtimak PERANTAU pada 26 November 2006

Kuala Lumpur: Satu diskusi pilihanraya sempena dengan Ijtimak PERANTAU 2006 akan diadakan pada 26 November 2006 mulai jam 10.00 pagi di Dewan Institut Latihan Dakwah dan Perkaderan Islamiyyah (ILHAM), Taman Melewar.


Bekas pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Wan Abdul Rahman Wan Abul Latif, dijangka akan membentangkan kertas kerja bertajuk “Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 : Peluang PAS/BA Perintah Terengganu”.

Menurut jurucakap penganjur yang juga Setiausaha PERANTAU Sdr Suhaimi Embong berkata program ini terbuka untuk semua warga perantau khususnya anak-anak perantauan yang berasal Terengganu yang berada diseluruh negara dapat menyertai dan menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini.

Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS), Hj. Yahaya Ali (Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu) dan Sdr. Ahmad Sabki Yusof (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat) telah dijemput untuk menjadi ahli panel diskusi ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com