Oleh Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Belasan ribu umat Islam melimpahi perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pagi tadi bagi menyatakan sokongan dengan menandatangani borang bantahan penubuhan Jawatankuasa Antara Agama (IFC).
Orang ramai mula membanjiri masjid berkenaan sejak jam lapan, sebelum progam forum bermula jam sembilan pagi. Mereka memenuhi dewan di mana forum berlangsung, hingga menutupi pintu-pintu masjid.
Forum "Islam dan Cabaran" anjuran Pesatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi Islam muktahir ini, khususnya mengenai kes Azlina Jailani atau Lina Joy, IFC dan Artikel 11.
Forum tersebut membariskan beberapa ahli panel terdiri dari kalangan pensyarah, peguam, tokoh agama dan wakil badan bukan kerajaan (NGO). Mereka terdiri daripada Tuan Hj. Sulaiman Abdullah, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Abdul Aziz Bari, bekas Mufti Pulau Pinang, Dato? Sheikh Azmi bin Ahmad, Pengerusi Pembela, Zainur Zakaria, dan Yusri Mohamad.
Manakala penggulung kepada forum berkenaan ialah Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria, di samping moderator, Pengerusi Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Para hadirin sedikit pun tidak berganjak dari tempat mereka biarpun forum tersebut berlangsung selama hampir empat jam.
Antara perbincangan yang menarik perhatian hadirin ialah isu Lina Joy, di mana pemimpin negara dikatakan tidak berbuat apa-apa dengan kes berkenaan, serta usaha-usaha untuk menghalang pihak bukan Islam mencampuri urusan agama Islam.
Turut hadir dalam forum berkenaan ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, AJK PAS Pusat, Mahfuz Omar, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Ustaz Badrul Amin Baharun, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, dan Tengku Razaleigh Hamzah. - mns
2 Comments:
Tak boleh paksa orang mempercayai apa yang dia tidak percayai lagi. Buat apa paksa seseorang itu pegang title Islam kalau jiwa raga nya bukan pada Islam. Nanti besok-besok apa yg dia lakukan luar dari garisan Islam hanya memburuk kan nama Islam sahaja. Muslim tak boleh Ego., kepercayaan ketuhanan adalah pilihan individu dan itu hak individu.Biar lah tuhan yg satu itu menjadi hakim nya bukan kita.
Apalah ko nih anonymous...Nk bagi nasihat pun cam tak kena gayalah...itu sebabnya kita perlu memilih kerajaan yang berpegang kepada ajaran Islam. Klu dulu di zaman para sahabat, orang yang murtad hukumnya dibunuh. Taklah agama Islam diburuk-burukkan. Semuanya ada sebab yang tersendiri, hanya Ar-Rahman aje yang mengetahui. Whatever pun, ko hiduplah di dunia dengan ketakutan wahai si murtad. Ingat ko boleh hidup sonang ko? Dunia mungkin ekau boleh terlopeh, kek akhirat, mano ekau nak lari? parah2...
Post a Comment
<< Home