Wednesday, November 22, 2006

Tawaran Menyertai Program Korban di Malaysia oleh Yayasan Amal Malaysia (AMAL)

YAYASAN AMAL MALAYSIA (AMAL)AMAL FOUNDATION OF MALAYSIA
133-3A JALAN SBC TAMAN SRI BATU CAVES 68100 BATU CAVES
Web: www.amalmalaysia.net Email: info@amal.malaysia.net
TEL & FAX: +603-61874382


Hari Raya Qurban 1427H akan tiba tidak lama lagi, Yayasan Amal Malaysia mempelawa kepada muslimin-muslimat menyertai ibadah Qurban & Aqiqah tersebut untuk mustad'afin diseluruh Malaysia Khusus masyarakat Islam di Sabah dan Sarawak.

Harga untuk satu bahagian Qurban atau Aqiqah daripada tujuh bahagian ialah RM 350.00. Untuk bahagian Qurban konsep pembahagian daging mentah akan dilaksanakan. Manakala bahagian yang diniatkan aqiqah akan dibuat masakan untuk jemaah masjid @ kg yang terlibat.

Insyaallah kami akan menyampaikan korban & aqiqah Tuan/Puan kepada mereka yang memerlukannya sebagaimana dihajati. Kami juga berpengalaman mengendali program seumpama ini di Aceh, Kemboja, Pakistan dan lain-lain. Sasaran program kali ini ialah 1000 keluarga dengan agihan 4Kg tiap keluarga

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika AidilAdha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi wakil kami:

Dr. Rani 019-3951222 Ust Misbah 019-5557628 (Perak) Haji Azmi 019-2568820 (Sel) Ust Bob 013-9354843 (Tganu) Johari 019-9844767 (Pahang) Halim 019-5232961 (Penang) Kamis 012-4779100 (Perlis) Rahman 017-3817040 (Wilayah) Ust Nordin 013-3295079 (melaka) Sufian 013-3589328 (Negeri 9) Hj Rafi 019-7571316 (Johor) Abd Azeez 012-8817955 (Sarawak) Hj Khairan 012-8272417 (Sabah)

Atau masukkan sumbangan anda ke Akaun AMAL :
553010122090 (Maybank Malaysia Berhad)

kemudian sms @ email ke alamat diatas

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com