Pengkhianatan UMNO terhadap bangsa Melayu di Kampung Berembang Ampang
Dipetik Dari: UMNO - REFORM
Norhasliana Bt Osman, dimasukan ke wad ICU kerana dipukul oleh FRU, beberapa orang ditahan dan diberitakan antaranya adalah, 15 anak muda berbangsa Cina , 6 Melayu dan 1 berbangsa India kerana memperjuangkan isu kemanusiaan untuk 80 keluarga Melayu.
Semua insiden ini berlaku dalam bulan syawal sewaktu anak - anak sedang khusyuk mahu menduduki peperiksaan, Kg Beremban Ampang - kawasan Azman Wahid wakil rakyat Bukit Antarabangsa, menantu kepada Datuk Mufti Shuib Ketua Bahagian Ampang menutup kedua - dua belah mata atas kesengsaraan yang ditimpa mereka. Rasanya baru seketika Datuk Mufti Shuib berapi - api memperjuangkan Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 - isu semangat Melayu kelas 3 dan berbagai lagi isu mengenai perjuangan Melayu, akhirnya MELAYU ITU JUGA JADI MANGSA. Gambar ini adalah antara beberapa gambar yang akan kami paparkan kelak bagi menunjukkan erti perjuangan Melayu yang dipertunjukkan - dilakonkan - digambarkan sewaktu persidangan Agung UMNO 2006.
Dimana perjuangan itu? Apa maksud keris terhunus dan apa erti kita membicarakan perjuangan Melayu itu. Mereka tidak berada - mereka salah kerana hidup merempat - mereka mahukan yang terbaik dan mereka mahukan pembelaan. Adakah tidak ada cara lain selain dari menyiksa mereka - tidak sempatkah untuk berunding mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Adakah mereka pengemis yang tidak perlu dilihat - tidak perlu difikirkan. Sekali lagi MPAJ ( Majlis Perbandaran Ampang Jaya ) menjadi "hero" pada kontraktor - kontraktor , pemaju dan hamba kepada orang yang berkuasa dan TIDAK PADA RAKYAT MELAYU !
Tidurlah, buaikan mimpi melihat negara ini aman sejahtera, pemimpin peka masalah rakyat, pemimpin sedar kesengsaraan rakyat dan kirimkan salam kepada anak - anak Cina yang bangkit mempertahankan 80 keluarga Melayu sedang kepimpinan Melayu sibuk memperjuangkan Melayu dalam Dewan PWTC dengan laungan HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! .
Pemudawilayah:-
jangan terkejut plak kalau lepas nie pemimpin UMNO berduyun-duyun turun ke Kg. Berembang untuk janji ini dan itu, bagi beras, selimut dan offer bagi rumah Flat DBKL atau PKNS.
Ingatlah rakyat! jadilah seperti pelanduk yang sentiasa bijak dan tidak membiarkan sang buaya terus gembira dengan tipu helahnya.
Hancur UMNO, UMNO Pengkhianat Bangsa Melayu!!!
Hancur UMNO, UMNO Pengkhianat Bangsa Melayu!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home