Tuesday, November 28, 2006

Ziarah Pemimpin PAS Ke Berembang

Kuala Lumpur, 27 November 2006 : Ketua Penerangan PAS Pusat, Y.Bhg. Ust Hj. Ahmad Awang, diiringi oleh YB Salahuudin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat bersama Naib Ketua, Saudara Mazlan Aliman telah berkunjung ke Kg. Berembang.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kunjungan yang tidak disangka-sangka ini benar-benar mengembirakan penduduk Kg. Berembang.

Dalam majlis ringkas yang berlangsung selepas solat Isyak ini, Wakil penduduk Kampung, Saudara Shahrizan telah memberikan sedikit taklimat dan gambaran tentang situasi semasa isu kampung tersebut kepada para tetamu yang hadir.

Saudara Mazlan Aliman yang hadir mewakili pihak Harakah mengambil peluang yang ada bagi memberikan suntikan motivasi serta menceritakan sedikit sebanyak tentang tragedi setinggan lain diseluruh negara yang senasib dengan Mereka.

Dalam ucapan YB Salahuddin pula, beliau mengharapkan agar para penduduk bersatu bagi memperjuangkan hak mereka dan jangan berputus asa. Beliau juga turut menceritakan pengalaman lampau yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang peneroka bandar lain. Malah ada kalangan mereka yang terpaksa merengkok dalam ISA kerana perjuangan menuntut keadilan dan hak mereka sebagai rakyat.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ust. Ahmad Awang selaku Ketua Penerangan PAS Pusat pula mengharapkan agar para penduduk sentiasa bersabar dengan dugaan ini dan memanjatkan doa pada Allah. Beliau mengharapkan agar para penduduk tidak leka dan lupa pada Allah. Pengkhianatan pemimpin UMNO yang gagal memperjuangkan nasib mereka adalah satu pengajaran buat mereka dan ahli-ahli UMNO yang lain.

Rakyat harus membuka mata dan hati mereka untuk melihat kebenaran, seterusnya berani untuk membuat perubahan untuk maju ke hadapan. Seharusnya rakyat bersatu menolak pemimpin yang khianat dan tamak ini bagi memberikan laluan kepada pemimpin-pemimpin baru yang lebih jujur dan amanah untuk memimpin mereka.

Photobucket - Video and Image Hosting

PAS juga bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang termampu bagi memastikan agar kehidupan penduduk Berembang dapat dipulihkan seperti sedia kala. Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Saudara Kamaruzzaman yang turut hadir telah menawarkan bantuan tenaga pemuda-pemuda PAS Wilayah bagi membantu mendirikkan semula rumah-rumah penduduk yang dimusnahkan oleh MPAJ.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Dalam acara kemuncak majlis tersebut, Ust. Ahmad Awang mengetuai para hadirin untuk memanjatkan doa pada Allah bagi memohon kesejahteraan dan kemenangan bagi penduduk Kg. Berembang. Seterusnya, beliau dan YB. Salahuddin telah menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk Kampung - Herman Samsudeen

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com