Saturday, November 25, 2006

MAJLIS PELANCARAN GERAK KERJA TARBIYAH DPPWP MENJELANG PRU 12

Photobucket - Video and Image Hosting

Kuala Lumpur, 25 November 2006: Pada hari ini, Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (LTK-DPPWP) telah melancarkan Program Gerak Kerja Tarbiyyah Bagi persediaan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-12.

Pelancaran Program ini telah dirasmikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Dr. Abu Asyraf Mutadha selepas program Kuliah Haraki Bulanan DPPWP di Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar pagi ini.

Objektif program ini adalah bagi memastikan semua petugas-petugas yang terlibat dengan organisasi DPPWP semua peringkat mendapat tarbiyah secara teori dan amali (praktikal) serta bersedia pada bila-bila masa untuk berjuang dan berkorban untuk Islam.

Antara aktiviti utama yang disusun atur dalam program ini adalah;

1. Kuliah Haraki DPPWP
2. Penyelarasan Usrah DPP Kawasan-Kawasan
3. Ziarah Tarbawi DPPK
4. Munajat Mujahid dan Bekalan Wirid Amilin
5. Iftar Jamaie dan Qiyamullail

Disamping itu Setiausaha DPPWP Saudara Kamarul Arif berharap agar semua ahli dan penyokong PAS yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi dapat membuat pendaftaran segera bagi memudahkan mereka mengundi kelak. - Herman Samsudeen

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com