Monday, November 27, 2006

Program Ziarah dan Penyampaian Sumbangan DPPWP Kepada Penduduk Berembang

Kuala Lumpur, 27 November 2006: Semalam Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah menziarahi dan menyertai NGO JERIT dan penduduk Kg. Berembang dalam Mesyuarat Khas bagi membincangkan tentang masa depan para penduduk yang masih berkhemah diatas tapak rumah mereka yang telah dirobohkan oleh MPAJ.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Rata-rata penduduk masih mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor. Mereka amat berharap agar pihak Kerajaan bertolak ansur dan mengambil inisiatif bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Penyelesaian secara aman amatlah diperlukan berserta pampasan yang sewajarnya.

Pihak penduduk telah mengemukakan beberapa tuntutan sebelum ini, antara lainnya adalah memohon peluang bagi membeli rumah teres pada harga RM 35,000 beserta dengan kos perpindahan sebanyak RM 1,500 bagi setiap keluarga.

Seramai 80 buah Keluarga menjadi mangsa dalam tragedi malang 20 November lalu. Kini mereka hanya tinggal dikhemah-khemah kecil yang kebiasaannya kita lihat hanya wujud di kem-kem pelarian Palestine, Acheh dan Pakistan. Bekalan elektrik telah terputus dan kini mereka berhidup hanya dengan cahaya lilin dan sumber tenaga bateri kereta. Hanya surau yang belum dirobohkan sahaja yang mempunyai sumber elektrik.

Keadaan kampung terlalu berselerak seperti bumi yang dilanda garuda, seperti tsunami melanda Berembang, penuh dengan saki baki runtuhan rumah mereka. Tidak banyak barang yang sempat mereka selamatkan semasa MPAJ meruntuhkan kediaman mereka.

Keadaan kotor dan masalah tandas yang kebanyakannya rosak dicelah-celah runtuhan menimbulkan rasa kurang selesa dan dikhuatiri akan menyebabkan penduduk mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti nyamuk Aedes dan Taun.

Walaupun demikian, penduduk Berembang bertekad untuk meneruskan perjuangan dan menuntut keadilan bagi membela nasib keluarga mereka. Mereka juga akan berusaha untuk mempertahankan Surau yang masih ada serta menjadi lambang kepada kewujudan kampung kesayangan mereka sejak 40 tahun lalu.

Di dalam mesyuarat yang diadakan pada malam tadi, penduduk berharap agar masyarakat, dan NGO dapat membantu mereka. Mereka berhasrat untuk membina semula rumah mereka bagi memastikan yang keluarga mereka dapat hidup dengan selesa tanpa mengharungi perlu kesejukan embun di malam hari.

Penduduk Kampung amat kesal kerana pemimpin dan ahli UMNO telah melupakan jasa-jasa mereka yang selama ini tegar memperjuangkan ideologi UMNO dan semangat Sangsaka Bangsa mereka.

Kini, mereka telah sedar bahawa pemimpin UMNO termasuklah Ketua Kampung mereka yang melarikan diri meninggalkan mereka adalah manusia hipokrit dan tidak boleh dipercayai. Mereka telah mempergunakan peluang dan sokongan padu yang diberi selama ini bagi meningkatkan diri dan keluarga mereka tanpa memikirkan nasib penduduk kampung.

Pada malam tersebut, DPPWP juga telah menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa kezaliman MPAJ dan kerajaan Selangor ini. Mereka kelihatan amat ceria dan gembira ketika mengetahui DPPWP akan memberikan sedikit sumbangan pada malam itu. DPPWP yang di ketuai oleh Pemangku Ketua, Saudara Kamaruzaman juga telah menawarkan sumbangan berbentuk bantuan guaman dan tenaga bagi membina semula rumah-rumah penduduk yang telah dirobohkan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Sehubungan dengan itu, DPPWP menyeru kepada semua ahli PAS dan masyarakat yang bersimpati dengan nasib mereka untuk memberikan sumbangan berupa makanan dan peralatan serta bahan-bahan binaan bagi membina rumah mereka. Sebarang bantuan bolehlah disalurkan melalui Saudara Suhaimi ditalian: 019-6039187.

-Herman Samsudeen, Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com