Monday, November 27, 2006

Perhimpunan Aman Sempena Tragedi Insan Berembang

Kuala Lumpur, 27 November 2006: Hari ini, wakil penduduk Berembang telah menghubungi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dan telah memaklumkan bahawa satu Perhimpunan Aman Sempena 'Tragedi Insan Berembang' akan dianjurkan pada 28 November 2006 (Selasa), Jam 10.00 pagi bertempat diperkarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor.

DPPWP menyeru kepada semua ahli-ahli PAS dan NGO serta ahli masyarakat yang prihatin, khususnya bagi mereka yang tinggal di Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk turut hadir bagi memberikan sokongan pada mereka bagi mendesak Kerajaan Selangor untuk memberikan keadilan kepada penduduk Kg. Berembang yang telah kehilangan rumah mereka.

Inilah peluang bagi masyarakat memberikan sumbangan dan sokongan kepada insan marhaien yang tertindas ini. Tuan-puan adalah digalakkan untuk membawa sepanduk dan banner bagi menyatakan sokongan anda. Pihak DPPWP tidak bertanggungjawab terhadap mereka-mereka yang cuba mengambil kesempatan dan menimbulkan kekacauan semasa himpunan aman ini. Sebarang benda-benda yang merbahaya dan sepanduk yang tidak beretika atau menyalahi undang-undang adalah diluar tanggungjawab DPPWP dan penganjur.

Kamaruzzaman Mohamad
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com