Surau Kg Berembang Bakal Tinggal Nama
Pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah dihubungi oleh wakil penduduk Berembang, Saudara Mishod malam tadi dan memaklumkan tentang maklumat terkini tentang tindakan terbaru yang bakal dilakukan oleh MPAJ.
Beliau telah memaklumkan bahawa pihak MPAJ sudah merancang dan bersiap sedia untuk melakukan operasi terakhir mereka iaitu merobohkan Surau Kg. Berembang.
Beberapa orang SB disyaki telah memasuki kampung berkenaan sebelum ini dengan menyamar dan tanpa disedari. Mereka telah memerhatikan pergerakkan penduduk kampung dan aktiviti yang mereka lakukan bersama NGO dan masyarakat luar yang berkunjung.
Nampaknya, surat yang diserahkan oleh wakil penduduk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memberi apa-apa petanda yang positif. Mereka tetap enggan untuk berunding.
Para penduduk mendapat maklumat bahawa esok pagi (30 November 2006) pihak MPAJ akan datang sekali lagi dengan pihak Polis dan FRU untuk merobohkan Surau Kg. Berembang.
Oleh itu, diharapkan agar mereka yang mendapat maklumat ini dapat menyebarkannya dan beramai-ramai turun ke Berembang untuk mempertahankan Surau berkenaan dari dirobohkan.
Operasi MPAJ dijangka akan diadakan pada waktu pagi sekitar jam 8.30-11.00 pagi.
Adalah satu ketidakadilan kepada penduduk yang dinafikan hak untuk berlindung dan hidup dalam tanahair sendiri dengan aman dibawah pemerintahan sebuah kerajaan yang mereka pilih sendiri. Terlalu zalim untuk mereka dijadikan mangsa atas ketamakkan pembangunan dan dasar Setinggan Sifar yang di impikan sekian lama oleh seorang Menteri Besar yang sudah lupa asal usulnya.
Ayuh! kira perkukuhkan benteng manusia yang dibina atas nama keadilan dan kemanusiaan.
Penduduk Berembang sedang menanti anda untuk memulakan langkah juang bersama mereka. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan perjuangan rakyat marhaein secara langsung.
Mereka tiada harta, tiada kediaman, tiada kemudahan...yang mereka ada hanyalah semangat yang kian mantap dan tabah mengharungi kepahitan hidup yang dipaksakan oleh Kerajaan yang mengkhianati mereka.
-Herman Samsudeen

0 Comments:
Post a Comment
<< Home