Fahaman Liberalisme Dan Pluralisme Mula Bertapak Di Malaysia
IPOH, 12 Jun (Bernama) -- Bibit-bibit fahaman liberalisme yang memberi kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit dalam ekonomi, politik, perundangan dan sosial, serta fahaman pluralisme bahawa semua agama sama, sudah mula menular dalam kalangan golongan terpelajar negara ini, kata Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.
Beliau berkata jika perkara itu tidak diberikan perhatian, ia akan membarah dan merosakkan hidup beragama umat Islam.
"Masyarakat dari segenap peringkat, dari penggubal dasar sehinggalah rakyat perlu faham dan mengetahui bahawa gagasan Islam liberal dan pluralisme ini sebenarnya sangat asing dari kesejatian ajaran Islam itu sendiri," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muzakarah Ulama di sini Isnin.
Beliau berkata isu poligami, ketentuan sistem faraidh, gagasan agar Al-Quran dinilai dan diolah semula, penubuhan Suruhanjaya Antara Agama serta tuntutannya, dan desakan menggugurkan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan merupakan antara isu-isu yang boleh dikaitkan dengan kedua-dua fahaman itu.
"Jika ia tidak dikekang, nescaya akan merebak dan sukar dikawal lagi. Terjahan serangan pemikiran ini mesti didepani dengan berani, berhikmah dan penuh stategi," katanya.
Harussani turut mengusulkan agar sebuah badan pemantau dianggotai ahli akademik dan ulama serta profesional ditubuhkan bagi mengawasi aliran fikiran asing yang menyusup masuk dalam masyarakat Islam di negara ini.
Beliau juga menyarankan agar diadakan dialog dengan organisasi yang dikenal pasti mendokong kedua-dua fahaman itu.
Muzakarah yang diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Perak Sultan Azlan Shah, dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah.
Peserta muzakarah terdiri penggubal dasar termasuk anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen dari Perak, mufti seluruh Malaysia, pegawai agama dari Jabatan Islam seluruh negara, ahli Majlis Agama seluruh Malaysia, ahli akademik dan wakil badan-badan bukan kerajaan.
-- BERNAMA

0 Comments:
Post a Comment
<< Home