Isu Tun Dr Mahathir, ISA hangat diperkata Muktamar Pemuda PAS
JERAI, 6 Jun (Hrkh) - Muktamar Dewan Pemuda PAS yang bersidang di Sekolah Agama Integrasi Faizzin (Saif), Guar Chempedak hari ini selesai membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Antara perkara yang paling banyak disentuh ialah isu bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang disebut oleh Salahuddin sebagai Ketua Pembangkang Malaysia mutakhir ini.
Perwakilan dari Pulau Pinang, Isnin Mat Piah yang juga anak mangsa peristiwa Memali menyebut bahawa pendekatan Salahuddin meletakkan Tun Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang Malaysia perlu dikaji semula.
Malah baginya, ucapan itu perlu ditarik semula kerana mengenang kepada kekejaman yang pernah dilakukan Tun Dr Mahathir terhadap mangsa peristiwa Memali di Kedah satu ketika dahulu, amat memeritkan.
"Sehingga kini, Tun Dr Mahathir tidak pernah memohon maaf secara terbuka berhubung dosanya itu," katanya sambil disahut dengan laungan takbir oleh perwakilan sidang dewan.
Justeru, beliau menyeru supaya pendekatan menjadikan Mahathir sebagai wira kepada rakyat perlu dikaji semula oleh Pemuda PAS dan PAS sendiri, katanya.
Sementara itu wakil dari Pahang pula mempertikaikan soal komitmen PAS dalam memberi pembelaan terhadap anak-anak tahanan ISA yang terhimpit dengan kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN).
Baginya, penglibatan PAS membela nasib anak-anak ISA ini mash kecil dan dalam beberapa komentar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melihat bahawa PAS kurang fokus kepada isu ini, katanya.
PAS seharusnya menjadikan isu ISA ini sebagai isu utama yang difokuskan dalam melahirkan pejuang yang sanggup berkorban demi masa depan Islam, katanya.
Malah, jika PAS konsisten membela nasib mangsa ISA, beliau yakin PAS akan mampu melahirkan pemuda-pemuda serta amilin yang semangatnya seperti Pemuda Hamas yang berani mati untuk menegakkan Islam, katanya.
Muktamar Dewan Pemuda PAS masih terus berjalan dengan ketika ini barisan Exco Pemuda PAS sedang menjawab perbahasan perwakilan.
Dalam pada itu perwakilan-perwakilan juga turut menyentuh berhubung isu pengurusan pentadbiran organisasi yang dilihat masih lemah dan memerlukan kepada cadangan Salahuddin untuk memantapkan organisasi dipandang serius.
Dalam menjawab perbahasan mengenai ISA, Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda, Ustaz Riduan Mohd Nor pula menyatakan bahawa pihaknya sentiasa membantu mangsa-mangsa ISA dengan kerjasama GMI.
"Malah derma demi derma dijalankan oleh pemuda untuk tujuan membantu mangsa ISA termasuk membantu beberapa anak mangsa yang mengalami penyakit kritikal," katanya. - mks.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home