Monday, May 22, 2006

PENDUDUK BANTAH 7-ELEVEN JUAL ARAK

Photobucket - Video and Image Hosting

Kuala Lumpur, Taman Melati Setapak. 13 Mei - seramai 400 penduduk Taman Melati, Setapak telah mengadakan satu bantahan di hadapan kedai 7- Eleven Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur. Bantahan tersebut bermula dari Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati dan di ikuti perarakan menuju ke hadapan kedai 7-Eleven. Tunjuk perasan tersebut di lakukan kerana di atas tindakan tidak berpuas hati penduduk terhadap kedai 7-Eleven menjual arak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sebelum ini, satu badan bertindak isu ini telah di tubuhkan dan satu memorandum bantahan telah di hantar pada 9 Februari 2006 kepada Pengurus Besar Conveniene Shopping Sdn. Berhad di Plaza Imbi. Memorandum bantahan ini ditandatangani oleh penduduk Taman Melati dan kawasan sekitarnya meliputi Kg. Setia Jaya, Kg. Wira Jaya, Flat DBKL, Taman Melati, Aparment Kenari, Setapak Indah, Taman Bunga Raya dengan kerjasama Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati. Memorundum ini juga di hantar salinan kepada Y.B. Prof. Datuk Dr. Abdullah bin Md. Zin (Jabatan Perdana Menteri), Y.bhg. Encik Ayud bin Hussin (Jabatan Pelesenan DBKL), Y.bhg Che Mat bin Che Ali (Ketua Pengarah, Kompleks Pusat Islam), dan Dato’ Dr. Ma’omor bin Osman (Presiden, Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Malangnya, pihak pengurusan Conveniene Shopping Sdn. Berhad masih belum mengambil apa-apa tindakan. Penduduk Taman Melati amat kecewa dengan perkembangan ini, seolah-olah tidak sensitif dan peka terhadap 97% penduduk Melayu Islam di kawasan ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lanjutan daripada itu, satu kempen mengboikot kedai tersebut di lancarkan. Banner turut di gantung di sekitar Taman Melati dan edaran risalah mengbaikot 7-Eleven di lakukan. Tidak cukup itu sahaja, malah poster turut di tampal dilaluan utama dan sekitar Taman Melati. Ekoran dari itu, demotrasi telah di adakan selepas solat Jumaat bermula di Masjid Sallehuddin Al-Ayubi dan perarakan menuju ke kedai 7-Eleven. Pelbagai spanduk di naikkan, antaranya Boikot 7-Eleven selagi Arak Di Jual, Arak Ibu segala Maksiat, Islam Hadhari benci Arak dan sebagainya. Perarakan tersebut di ikuti dengan laungan menboikot 7-Eleven, Kami Benci arak. Ucapan turut di adakan menguntuk keras tindakan 7-Eleven menjual arak di kawasan itu oleh wakil penduduk. Pada jam 6.00 petang pula, risalah boikot 7-Eleven di edar di pasar malam Taman Melati.

Satu perjumpaan turut di adakan dengan Wakil Menteri Wilayah Persekutuan, Mohamed Hashim pada petang ini jam 6.00 petang. Satu salinan surat Bantahan dan Memorandum di serahkan kepada beliau sebagai wakil menteri. Beliau bersetuju dengan tindakan ini dan berjanji akan mengambil tindakan. Kempen mengboikot ini akan terus dilakukan selagi kedai 7-Eleven tersebut masih menjual arak dan tindakan susulan akan di lakukan sekiranya tiada tindakan di ambil oleh Conveniene Shopping Sdn. Berhad tersebut.

2 Comments:

At 3:36 PM, Blogger Sham Kamarul said...

tapi nmpaknyer masih tiada apa2 tindakan...

 
At 3:32 AM, Blogger izz said...

This comment has been removed by the author.

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com