Sunday, May 07, 2006

SIASAT SEGERA YB. MOHD SAID YUSOF

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat segera YB. Mohd Said Yusof, Ahli Parlimen Jasin dengan merujuk usul tergempar YB. Lim Kit Siang berhubung isu Kastam yang mana Seorang Ahli Parlimen dikatakan ‘mengganggu’ Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung kes rampasan kayu bergergaji yang dibawa dari Indonesia di Sungai Linggi, Melaka. Walaubagaimanapun amat kesal juga kepada intergriti Ahli Parlimen yang lain tidak memperjuangkan kebenaran walaupun di Parlimen.

Demi menjaga integriti Parlimen keseluruhannya, DPP Pusat amat merasakan BPR harus bertindak segera untuk memastikan nama baik Parlimen Malaysia terpelihara serta Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Badawi yang begitu serius untuk menentang rasuah juga mesti membuktikan matlamatnya walaupun ianya dalam bentuk penyalahgunaan kuasa oleh Yang Berhormat. Jangan hanya pesalah-pesalah yang terlibat rasuah ini kepada individu-individu yang kecil sahaja tetapi harus semua golongan di buktikan.

DPP Pusat juga menegaskan berdasarkan laporan Polis yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Melaka dan Angkatan Muda Keadilan Rakyat Melaka berhubung isu tersebut pada 5 Mei lalu harus juga di segerakan. DPP Pusat yakin bahawa usaha ini akan mendorong Polis untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat terhadap Polis dengan imej baru. Isu seperti ini mesti di segerakan untuk memelihara Parlimen yang mewujudkan kuasa Negara.

DPP Pusat merasakan bahawa Parlimen Negara dibawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen perlu mengambil tindakan tatatertib kepada YB. Mohd Said Yusof kerana menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen, bukannya berkaitan Ahli Parliman yang menyokong usul tersebut dengan mengalih isu yang lebih penting iaitu integriti dan penentangan rasuah oleh Negara.

DPP Pusat amat yakin pernilaian oleh BPR, Polis dan juga Parlimen dengan tindakan yang akan memilihara nama baik Negara keselurahannya serta memastikan semua pihak tidak menyalahgunakan kuasa oleh semua organisasi yang di iktiraf oleh Negara. DPP Pusat akan memastikan kelompongan ini akan terus diperjuangkan demi Agama, Bangsa dan Negara. Akan tetapi semua pihak juga mesti berani untuk memilihara demokrasi di dalam Negara ini.



USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda Pas Pusat.
019-2622141

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com