Ceramah PAS Putrajaya disekat
PUTRAJAYA, 28 Apr (Hrkh) - Ceramah umum anjuran PAS Kawasan Putrajaya yang dijadualkan pada 30 April ini di Dewan Utama Presint 16 dekat sini, terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir apabila kebenaran yang diberikan sebelum ini ditarik balik, dipercayai akibat tekanan Umno.
Daripada surat jawapan yang ditandatangani oleh Abdul Ghani Ahmad, tiada sebarang alasan diberikan, cuma menyatakan bahawa 'Perbadanan Putrajaya tidak dapat membenarkan'.
Majlis tersebut dijadualkan akan menerima tetamu undangan seperti Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Menteri di JPM, Dato' Ibrahim Ali.
Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Asrul Afendi Muhammad berkata, pihaknya mendapat permit ceramah daripada polis pada 24 April lalu, bagaimanapun permit tersebut ditarik balik atas alasan pihak penganjur belum mendapatkan kebenaran menggunakan premis daripada Perbadanan Putrajaya.
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Wan Asrul tidak berhasrat untuk menyalahkan perbadanan, namun beliau percaya antara alasan utama yang diberikan bagi menolak permohonan PAS adalah atas dakwaan semua premis perbadanan tidak dibenarkan untuk tujuan politik.
"Mungkin jika Umno yang memohon, mereka akan luluskan," ujarnya.
Bagaimanapun Wan Asrul menjelaskan, dalam rundingan awal dengan pihak berkenaan, beliau diberitahu ceramah politik hanya dibenarkan dibuat dalam dewan tertutup sahaja kerana ke semua premis adalah milik perbadanan.
"Jika alasan ini diberikan maka ianya akan menyebabkan PAS Putrajaya tidak boleh mengadakan apa-apa ceramah umum, sepanjang tempoh sehingga pilihan aya akan datang,"
"Ini adalah suatu tindakan yang menyalahi sistem demokrasi, sudahlah ramai pengundi Putrajaya ditakutkan dengan pelbagai akujanji, ini menunjukkan di pusat pentadbiran kerajaan pun Umno tidak yakin dengan pengaruhnya," ujarnya sinis.
Bagaimanapun kes tersebut telahpun dirujuk kepada PAS Wilayah Persekutuan dan tindakan akan diambil sekiranya pihak perbadanan membenarkan Umno menggunakan mana-mana premisnya untuk apa tujuan sekalipun. - mr

0 Comments:
Post a Comment
<< Home