Friday, May 05, 2006

Tarif elektrik naik: Amaran Protes jadi kenyataan

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Ramalan Gabungan Memprotes Kenaikan Minyak (Protes) bahawa kos sara hidup rakyat akan bertambah berikutan kenaikan harga bahan bakar 28 Februari terbukti apabila kerajaan bercadang menaikkan kadar tarif elektrik.

Ini adalah lanjutan daripada kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Seri Lim Keng Yaik bahawa kadar tarif elektrik akan dinaikkan bermula bulan depan, kata Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Beliau yang juga Bendahari PAS, mendakwa kerajaan cuba mengelirukan rakyat apabila menjanjikan kadar tarif tersebut tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat.

"Belum sampai tiga bulan harga minyak naik, pengumuman yang menakutkan itu dikeluarkan," katanya kepada Harakahdaily hari ini bagi mengulas isu kenaikan kadar tarif elektrik.

Beliau berkata salah satu punca TNB menaikkan kadar tarif elektrik adalah kerana kos operasi meningkat berikutan kenaikan harga bahan bakar.

Protes juga meramalkan kenaikan tarif air tidak lama lagi, katanya.

"Tindakan rakus kerajaan jelas membebankan rakyat. Protes meminta kerajaan menimbang semula menurunkan harga minyak supaya kesan kos utiliti seperti elektrik dan air dapat dikurangkan, seterusnya meringankan kesusahan rakyat," katanya. - lanh

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com