Tuesday, May 30, 2006

Protes harga minyak: FRU, polis belasah peserta perhimpunan

Oleh Saidatul Amani, Nabilah Abdullah & Azamin Amin
Harakahdaily

Sekali lagi rakyat digegarkan dengan tindakan ganas dan kejam anggota polis simpanan persekutuan (FRU) yang menjadikan peserta perhimpunan aman membantah kenaikan minyak umpama haiwan.

Seramai 20 aktivis termasuk dua wanita ditangkap dalam perhimpunan tersebut antaranya; Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Setiausaha DAP,Ronnie Liu; Timbalan Ketua Penerangan Pemuda KeADILan, Badrul Hisham Shahrin; Zulkifli Nordin; AJK Lajnah Pengguna PAS Pusat, Wardah Abdullah dan aktivis keADILan,Nora.

Bantah kenaikan harga minyak, elektrik

Perhimpunan aman itu bermula jam 10 pagi di hadapan Dataran KLCC, dipengerusikan oleh Badrul Hisham dan diikuti dengan ucapan Ketua Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Orang ramai mula berhimpun pada jam 9.30 pagi bagi melahirkan bantahan ekoran kenaikan harga minyak diikuti kenaikan tarif elektrik bermula 1 Jun ini.

Dalam ucapan itu Dr Hatta berkata, rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga minyak dan terkini diikuti pula dengan kenaikan tarif elektrik.

Kata beliau,apabila harga minyak naik semua harga barang-barang ikut naik dan ini telah menjejaskan kehidupan rakyat terutama mereka yang bergaji kecil apatah lagi mereka yang tidak bergaji.

Menurutnya, negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi tidak menaikkan harga sebaliknya kerajaan itu menurunkan harga apabila harga minyak dunia naik.

Tambah beliau, negara tersebut berkongsi keuntungan dengan rakyat contohnya harga 90 sen diturunkan menjadi 62 sen.

"Harga minyak dunia naik sepatutnya rakyat memperolehi keuntungan dan tidak munasabah rakyat yang terpaksa menanggung," katanya.

Polis guna 'water cannon' pada orang ramai

Ketika Dr Hatta berucap, helikopter berpusing di atas kawasan perhimpunan sebanyak tiga kali dan serendah lima kaki. Beliau terpaksa menghentikan ucapan kerana ketika itu akibat angin bertiup kencang menyebabkan daun-daun kering berterbangan dan suasana bising.

Photobucket - Video and Image Hosting

Laungan `hidup-hidup, hidup rakyat, jatuh-jatuh harga minyak, turun-turun harga minyak, Pak Lah-pak Lah turun, Najib-Najib turun'. Laungan itu berterusan sehingga helikopter beredar daripada kawasan tersebut.

Wakil mahasiswa, Lim Sok Swan turut mendesak kerajaan supaya menurunkan harga minyak.

Pada jam 10.41 pagi pihak polis mula memberi amaran dan melaungkan perkataan; `Diminta perhimpunan dihentikan serta merta atau kami akan huraikan dengan kekerasan.'

Ketika amaran diberikan wakil DAP, Ronnie Liu sedang berucap. Sebanyak tiga kali amaran diberikan dan ketika Ronnie berucap dalam bahasa Mandarin tepat jam 10.46 pagi, trak `water cannon' mula membuat semburan air ke arah peserta protes.

Photobucket - Video and Image Hosting

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Presiden Jim, Zaid Kamaruddin; Badrul Hisham ; AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar; Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Idris Ahmad dan peserta protes tidak berganjak dari tempat mereka membuat perhimpunan.

Mereka hanya berganjak apabila anggota FRU menyerbu dan menangkap Salahuddin, Badrul Hisham, Ronnie Liu dan aktivis lain dengan keadaan mereka yang basah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Keganasan FRU tidak dapat disangkal apabila menangkap seorang peserta protes umpama menangkap seekor binatang buas.

Lebih 15 orang menangkap seorang peserta protes. Perlakuan ganas itu juga berlaku terhadap Timbalan Setiausaha Agung KeADILan, Zahir Hassan, yang ditangkap di tengah jalan raya dan dibelasah ketika beliau bersama isteri dan anaknya mahu menyeberang jalan menuju ke bangunan Avenue.

Zahir dipukul di muka,di belakang badan dan (ketika berita ini ditulis) beliau sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Beliau dilaporkan akan terus dibawa ke IPK, Jalan Hang Tuah.

Dalam kejadian tersebut, beberapa orang anggota FRU menarik Zahir keluar daripada kepungan isteri, anak dan peserta protes lain. Dua orang FRU memapah Zahir untuk terus ditahan.

Sebelum itu, Ustaz Nasharudin, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Ustaz Idris Ahmad dikepung FRU dan dihalau supaya bersurai ketika FRU berlaku ganas terhadap peserta perhimpunan aman.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lebih 2000 orang berkumpul sejak 9.30 pagi untuk melahirkan bantahan rakyat terhadap tindakan drastik kerajaan menaikkan harga minyak yang sekaligus menyebabkan hampir semua barangan keperluan harian dan tarif elektrik naik secara mendadak.

Anggota FRU dan polis bersurai jam 11.25. Ketika mereka bersurai peserta protes melaungkan perkataan; "hidup rakyat, reformasi, FRU kaki pukul, FRU kaki pukul'.

Ekoran tangkapan 20 orang peserta protes itu, perhimpunan aman akan tetap diadakan.

Protes diteruskan, laporan Suhakam dan polis akan dibuat

Menurut Dr Hatta, dijangkakan ini merupakan bantahan kenaikan harga minyak yang terakhir tetapi disebabkan tindakan ganas pihak berkuasa demonstrasi akan diteruskan.

Ustaz Nasharuddin yang ditemui selepas beliau dihalau oleh FRU kesal dengan tindakan zalim kerajaan yang di luar perikemanusiaan dan tidak menghormati suara rakyat yang mengadakan perbincangan secara aman.

1 Comments:

At 9:50 PM, Anonymous hamba Allah juga.. said...

bab mengutuk orang nombor 1. esok lusa anak beranak or cucu cicik hang jadi tak senonoh pun salah kan government. come on, educate yourself. mengumpat, mengata, menuduh and menyebar fitnah pun berdosa, tak guna sembahyang kalau sifat diri sendiri tak ubah2. renungkan2 kenapa kehidupan hang if ada kesusahan. muhasabah diri banyak2. orang lain pun Islam, tapi orang lain tak mengata mengeji.

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com