Saturday, June 03, 2006

KEMPEN KEDUA PAS BERSAMA UNIT AMAL DPPWP UNTUK KUTIPAN TABUNG PALESTINE

oleh : Shahrani Abu Sahid (S/U Unit Amal DPPWP)

Jumaat 2 Feb 2006 - PAS melalui Lajnah Antarabangsa PAS Pusat sekali lagi menjalankan kempen Tabung Kemanusiaan Palestine untuk kali kedua di kawasan masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur.


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat iaitu Dr Syed Azman bersama-sama petugas Unit Amal serta exco DPPWP telah menjalankan kempen tersebut di empat buah masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Bangsar, Masjid Kg. Baru dan Masjid wilayah Persekutuan.

Turut sama menyertai kempen ini adalah beberapa orang pelajar dari sebuah universiti
tempatan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Seperti yang diterangkan oleh Dr. Syed Azman pada pelancaran Kempen Tabung Palestine yang lepas, tujuan diadakan kempen ini adalah untuk membantu kerajaan Palestine pimpinan Hamas yang sekarang ini menghadapi sekatan ekonomi daripada barat dan puak Yahudi.

Kempen ini akan terus berjalan dari masa kesemasa sehingga sasaran kutipan sebanyak RM 4 juta diperolehi. Justeru itu, semua pihak terdiri yang daripada seluruh umat Islam di Malaysia diharap dapat terus membantu umat Islam Palestine seperti yang diharapkan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Pada muktamar yang akan berlangsung pada minggu depan, PAS akan mengadakan satu ceramah umum seterusnya melancarkan kutipan derma khusus untuk Tabung Palestine ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com