Ada Apa Dengan Mahathir?
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius isu campurtangan Mahathir terhadap urusan pentadbiran kerajaan BN hari ini.
Pimpinan tertinggi Parti-parti Pembangkang telah mengemukakan pelbagai pandangan mengikut sisi masing-masing. Maka haruslah ada satu rasa penghormatan diatas dasar memberi dan menjawab kilasan pandangan yang tercakna dari pelbagai dimensi pemikiran.
Segalanya berpunca kerana seorang manusia yang bernama "Mahathir" yang ditakrifkan sebagai "Panglima Pencen" masakini.
DPPWP bersetuju dengan YB. Salahuddin yang melihat bahawa, kehadiran kritikkan pedas Mahathir terhadap dasar-dasar Kerajaan BN pimpinan Pak Lah kini hanyalah sekadar membuka pekung didada. Sama ada itu semua gimik politik atau tidak, hanya Mahathir dan Pak Lah sahaja yang tahu.
Dalam perspektif yang lain, DPPWP melihat bahawa tiada sebab mengapa ahli-ahli Parti alternatif hari ini harus berasa canggung dengan kata-kata sinis YB Salahuddin yang meletakkan Mahathir sebagai "Ketua Pembangkang" dewasa ini.
Disebalik kata-kata beliau itu, pemimpin-pemimpin pembangkang yang kini mewakili rakyat di Parlimen harus tersedar dari mimpi indah mereka dan bangkit ke hadapan bagi mempertahankan hak-hak rakyat.
Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh Mahathir, tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain buat apa? Kini DPPWP melihat, kehadiran pembangkang di Parlimen tidaklah sehebat sesi sebelum ini.
Kebanyakkan pemimpin pembangkang tidak serius dalam perbahasan mereka. Sebaik sahaja keluar dari Parlimen, mereka tidak menyambung perjuangan mereka bersama rakyat diluar. Akibatnya, Pak Lah dan pimpinan BN lain berani membiarkan pemimpin korupsi seperti Rafidah Aziz dan Samy Vellu terus berkuasa.
Melalui Rafidah, Pak Lah juga telah memerangkap Proton dalam himpitan persaingan FTA-AFTA. Projek Jambatan Indah yang telah memakan jutaan duit rakyat pula, terhenti begitu sahaja ekoran tekanan Singapura.
Harga minyak semakin naik, diikuti dengan tariff elektrik. Kini negara dibebankan pula dengan isu kekurangan gula dalam pasaran ekoran desakkan serius Syarikat pengeluar dan pemborong yang mahukan harga gula dinaikkan ekoran dari kenaikkan harga minyak sebelum ini.
Pak Lah kelihatan seolah-olah sudah tidak mampu untuk meneruskan langkahnya. Dirian beliau semakin rapuh dicelah-celah serangan bertali arus Mahathir dan juga sebahagian Pimpinan BN yang berbahas di Parlimen.
Dalam pada itu, kini ada kalangan rakyat yang melihat kualiti perbahasan ahli-ahli Parlimen BN yang mengkritik dasar-dasar BN sendiri lebih baik dari Pembangkang. Walaubagaimana pun DPPWP tidak menafikan bahawa masih ada kalangan ahli Parlimen pembangkang yang mampu berhujah dengan baik.
Rakyat telah lama menyaksikan perkara ini. Apa yang pelik, kenapa baru sekarang pimpinan Barisan Alternatif (BA) dan DAP bersuara tentang pengaruh kritikkan Mahathir.
Kenyataan DAP dalam Harakahdaily hari ini yang bertajuk "DAP nasihat Mahathir jangan campur urusan PM " pula telah menafikan prinsip kebebasan bersuara untuk semua rakyat.
Ini bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara yang dilaungkan-laungkan DAP sebelum ini. Apakah kerana kemenangan kecil DAP di Sarawak baru-baru ini, DAP telah berasa selesa dan tidak lagi berminat untuk menegur dan memperbaiki kerajaan serta situasi yang ada. Adakah dengan Mahathir berdiam akan dapat menyelesaikan semua masalah.

Bagi DPPWP, segala kenyataan atau 'perang' Mahathir terhadap kepimpinan Pak Lah sekarang perlu dianalisa rakyat dan pimpinan Pembangkang. Apa yang berlaku antara zaman Mahathir dan Pak Lah bukanlah dua perkara yang berbeza kerana perjuangan Pak Lah adalah kesinambungan dosa-dosa Mahathir yang tidak sesekali dilupakan rakyat.
Cuma, rakyat berminat untuk tahu cerita keseluruhan berkaitan dengan kontraversi isu-isu semasa seperti Permit AP, Proton, Pembatalan Projek Jambatan Indah dan lain-lain isu.
Walaubagaimana pun, tidaklah menjadi cita-cita untuk PAS dan BA, mendewa-dewakan Mahathir, apalagi untuk mempergunakan kesempatan yang ada atas pembongkaran demi pembongkaran yang Mahathir lakukan.
Tindakan DAP untuk menutup ruang bersuara di pihak Tun Mahathir seolah-olah satu percubaan untuk mempertahankan kerosakkan yang dilakukan oleh Pak Lah, seterusnya menutup ruangan bagi segala pendedahkan atas kepincangan Kerajaan BN.
Oleh itu, DPPWP mengingatkan agar pihak DAP tidak bermain tarik tali dengan rakyat dan bermain kenyit mata dengan Pak Lah dari jauh. DPPWP menyeru agar DAP serius dalam menyuarakan desakkan-desakkan rakyat di Parlimen dan juga mengambil ruang yang ada untuk terus memperjuangkan prinsip kebebasan bersuara. Bukan untuk Mahathir tapi untuk semua rakyat yang ingin mengetahui segala penipuan BN selama ini.
"Memulihkan Demokrasi, Mendaulatkan Islam"
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home