Wednesday, June 07, 2006

Ucapan Dasar Presiden: Memulihkan Demokrasi, Mendaulatkan Islam

Photobucket - Video and Image Hosting

petikan ucapan dasar Presiden:

PAS, samada bersendirian atau bersama-sama rakan rakan politiknya, akan terus komited untuk membebaskan serta memerdekakan seluruh ummat manusia di negara ini, dari belenggu kezaliman, rasuah dan kerakusan elit politik dan penindasan golongan yang angkuh, demi memakmurkan muka bumi Malaysia ini dengan Keadilan dan Kesejahteraan yang sebenarnya.

Firman Allah SWT lagi:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan demi Allah dan menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Tuan-tuan tetamu kehormat serta para perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekelian,

Muktamar ke-52 ini juga kita langsungkan dalam keadaan negara masih dicengkam krisis ketidaktentuan dan rakyat dihimpit beranika ujian getir kehidupan yang berpanjangan, akibat urus-tadbir dan dasar-dasar kerajaan yang tidak peka terhadap penderitaan dan tidak peduli kesengsaraan rakyat. Perkara ini akan saya halusi dengan lebih mendalam kemudian.

Baca keseluruhan.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com