Wednesday, June 07, 2006

KKDN rampas buletin PAS versi Mandarin

Oleh Min Min

SAYA sedih kerana dalam kerancakan suasana Muktamar PAS ke-52 di Kedah, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) bertindak merampas naskhah buletin PAS berbahasa Cina yang diedarkan kepada perwakilan.

Laporan akhbar menyatakan tindakan KKDN merampas naskhah Ren Min Shi Shi (Berita Rakyat Semasa) yang diterbitkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional dan Lajnah Penerangan PAS Pusat atas alasan tidak mempunyai permit penerbitan.

Rampasan kelmarin, dilakukan oleh pegawai dari Bahagian Kawalan, Penerbitan dan Teks Al-Quran KKDN Kedah yang diketuai oleh pengarahnya Heizrul Ali.

Buletin setebal lapan halaman itu memuatkan berita-berita mengenai kaum Cina di negara ini dan editornya adalah Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chua.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusof Rawa menyatakan bahawa buletin tersebut tidak memerlukan kelulusan daripada KKDN berikutan ia tidak mempunyai kriteria tertentu yang memerlukan kelulusan tersebut dan perkara itu telah pun dirujuk dan dikaji oleh panel undang-undang.

Saya sebagai penyokong Barisan Alternatif amat sedih dengan perkembangan ini. Jika permit dijadikan alasan, kenapa sehingga sekarang permohonan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mendapatkan permit akhbar Suara Keadilan tidak dilayan?

Jika tiada permit salah, memohon permit pula tidak dibenarkan, jadi rakyat nak buat apa? Pelik juga sebab akhbar mingguan dan majalah bersepah dengan cerita lucah dan pelik berunsur tahyul pula dapat KDN. Apa nak jadi dengan negara kita?

1 Comments:

At 10:35 PM, Anonymous Eugene Short said...

Greeat reading

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com