PAS berwajah Malaysia bukan meninggalkan Islam - Hanipa
Oleh Ali Bukhari Amir
GUAR CHEMPEDAK, 7 Jun (Hrkh) - Isu PAS berwajah Malaysia bukanlah ertinya parti itu akan meninggalkan pengisian dan melarikan diri daripada falsafahnya yang asalnya iaitu Islam, kata Pengerusi Lujnah Penerangan Pemuda PAS Hanipa Maidin di Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini.
Isu PAS berwajah Malaysia ini ditimbulkan oleh wakil Pemuda PAS Terengganu yang ditujukan kepada Lujnah Kebudayaan dan Sukan. Wakil Terengganu bertanya: “Kenapa PAS berwajah Malaysia? Kenapa tidak buat PAS berwajah Islam?”
Hal itu dijawab Hanipa: “PAS adalah parti Islam. Jadi, tidak perlulah kita menyebut PAS mesti berwajah Islam. Kita tidak perlu berkata, kita mahu harimau yang berwajah harimau. Haiwan itu memang hakikatnya adalah harimau. Jadi, maksud PAS berwajah Malaysia ini bukanlah kita mahu tinggalkan Islam.
“Maksud PAS berwajah Malaysia ialah dalam konteks kita berdakwah di Malaysia, kita kena faham zuruf dan keadaan realiti Malaysia. Ertinya, kita tidak harus mengambil apa sahaja contoh yang berasal daripada
pergerakan dan parti Islam yang lain.
"Ertinya, kita tidak meninggalkan Islam. Tidak mungkin dan tidak akan berlaku begitu. Jika hal itu berlaku, maka kami sendiri yang akan melawan habis-habisan,” kata Hanipa.
Seterusnya, Hanipa turut membangkitkan rungutan para perwakilan mengenai kewajaran Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengambil istilah-istilah Barat dalam ucaptamanya baru-baru ini.
“Kita tidak ambil dasar-dasar Barat yang bercanggah dengan aqidah dan agama. Jika kita nak kenal Islam, kita perlu mengenali jahiliyyah terlebih dahulu. Sebab itu kita perlukan pembacaan yang meluas. Saya risau
para ustaz dan alim ulamak kita hanya mengenali Islam tanpa mengenali jahiliyyah yang sebenarnya dan realiti jahiliyyah yang berlaku dalam negara kita.
“Tanpa mengenali apa yang berlaku di luar sana, maka kita akan bercakap seolah-olah orang asing yang datang ke sesebuah negara. Dia sendiri tidak faham dan orang di negara itu tidak memahami mereka. Itu yang kita maksudkan dan bukannya kita meninggalkan Islam dengan mengambil nilai Barat,” katanya. - mks.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home