Cara lantik hakim patut dikaji semula
BADAN kehakiman dalam sistem demokrasi diamalkan sesebuah kerajaan seperti Malaysia adalah badan bebas dan berasingan daripada badan perundangan dan badan eksekutif, malah ada bidang kuasa eksklusif.
Kedudukan dan fungsinya sebagai penegak, pengadil dan pentafsir undang-undang seperti diperuntukkan oleh Perlembagaan menjadikan badan kehakiman sebagai badan amat penting dalam memelihara keadilan dan kemakmuran negara.
Namun, cadangan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim baru-baru ini agar kes Mahkamah Tinggi dibicarakan oleh sekurang-kurangnya tiga hakim bagi mengelakkan berlakunya rasuah menimbulkan polemik berkaitan integriti badan bebas berkenaan.
Respon daripada Presiden Majlis Peguam Malaysia, Yeo Yong Poh yang menolak cadangan itu dan mencadangkan pula supaya jawatankuasa bebas pelantikan hakim diwujudkan mencerminkan nilai keadilan kini berada pada tahap mengecewakan dan perlu segera diperbaiki.
Saya mahu pembaca melihat bagaimana pandangan Islam terhadap institusi kehakiman. Islam memandang institusi kehakiman entiti yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat mahupun negara.
Justeru, Islam menegaskan bahawa kewujudan institusi kehakiman Islam adalah disyariatkan dan wajib diusahakan dan dilaksanakan demi memastikan keadilan ditegakkan dan kezaliman terhapus.
Namun, dalam membicarakan soal pelaksanaan sistem atau institusi kehakiman, Islam melihat peranan penting adalah dimainkan hakim. Sekiranya undang-undang tidak ditadbir dengan cekap, amanah dan adil, maka keadilan undang-undang tidak akan dapat dinikmati, malah kemungkinan pula bertukar menjadi kezaliman.
Kita perlu insaf amanah dipikul seorang hakim sangat berat dan mencabar sehinggakan Rasulullah pernah menggambarkan seolah-olah seseorang hakim dilantik itu umpama disembelih tanpa pisau. Ia jelas membawa mesej jawatan yang tergalas pada bahu hakim sangat berat dan mencabar.
Islam menegaskan pelantikan hakim perlu berlegar di sekitar individu benar-benar layak dan terbaik. Seseorang hakim perlu berwibawa, berkebolehan, punyai peribadi unggul, ilmu yang tinggi dan akhlak mulia.
Sebagai tunggak kepada institusi kehakiman, seseorang hakim hendaklah menghayati adab sebagai seorang hakim sepenuhnya sama ada dalam atau luar mahkamah, seperti tidak boleh menghukum ketika marah, lapar dan haus, juga tidak menerima rasuah termasuk hadiah.
Sejarah pemerintahan kerajaan Islam juga pernah melakarkan bagaimana satu sistem kehakiman dibentuk menerusi risalah ‘al-qada atau perutusan kehakiman’ iaitu surat ditulis kepada Abu Musa Al-Asyari oleh Khalifah Umar. Di dalamnya terkandung garis panduan yang wajib diikuti setiap hakim dalam menjalankan tugas.
Surat disifatkan sebagai khazanah berharga dalam bidang kehakiman dan undang-undang ini turut menjelaskan prinsip kehakiman yang wajib dipatuhi dan dasar kukuh untuk menjamin pentadbiran kehakiman mencapai matlamatnya.
Islam memberi penekanan kepada soal integriti hakim dan sistem pelantikannya, realiti berlaku menunjukkan gejala hakim yang korup dan pelantikan yang tidak telus lagi diragui inilah yang menjadi penyumbang utama kepada masalah ini.
Ia turut diakui sendiri bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md Ismail dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman. Cadangan diutarakan antaranya penubuhan Suruhanjaya Kehakiman yang membincangkan berkenaan pelantikan hakim dan ia adalah cadangan yang wajar diteliti dan dikaji seperti ditegaskan Perdana Menteri.
Saya mencadangkan agar ahli jawatankuasa yang akan menganggotai suruhanjaya itu dilantik daripada kalangan mereka yang benar-benar berautoriti seperti bekas Ketua Hakim Negara yang bebas daripada kepentingan politik mahupun kepentingan lain.
MOHD NAZREE YUNUS,
Yang Di Pertua
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya.

1 Comments:
Great reading yoour blog
Post a Comment
<< Home