Bapa tersentuh edaran risalah agama di UM
SAYA terkejut membaca surat ‘Bapa Prihatin’ pada 8 Jun lalu yang mendedahkan penyebaran risalah Kristian di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Hati saya tertanya-tanya, kenapakah perkara sebegini boleh berlaku di universiti perdana yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia? Siapakah bersalah dalam hal ini?
Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan termaktub dalam Perlembagaan negara kita. Mana-mana saja kegiatan untuk merendah-rendahkan martabat dan kemuliaan Islam patut dihalang. Islam tidak menyerang agama lain, bahkan Islam membuka pintu perdamaian. Islam menyeru ke arah kesatuan sejagat.
Namun apabila berlaku kejadian ini, maka sepatutnya satu tindakan segera diambil. Universiti juga pada pandangan saya, adalah tempat menyemai perpaduan antara agama. Tetapi kenapa hal ini boleh terjadi?
Saya kecewa apabila hal ini berlaku tanpa disedari. Sampai sekarang saya tertanya-tanya bagaimanakah penyebaran risalah boleh berlaku di gedung ilmu? Apatah lagi pada saat pelajar baru mendaftar dengan semangat berkobar-kobar.
Saya sendiri agak tersentuh apabila masih ramai anak muda tidak mengenal huruf al-Quran, bahkan tidak mampu melafazkan kalimah syahadah. Ada yang tidak pernah bersolat sejak dilahirkan.
Saya terkejut apabila membaca data pembabitan anak muda dalam kegiatan tidak bermoral bahkan bertentangan dengan agama seperti ‘black metal’. Mufti Perak sendiri mendedahkan jumlah orang murtad yang mencecah angkat ratusan ribu.
Ia sangat memeranjatkan. Sepatutnya langkah untuk membendung gejala ini diambil segera mulai sekarang tanpa bertangguh.
Namun, saya mendengar daripada mulut anak rakan saya bahawa gedung ilmu yang kita harap-harapkan dapat melahirkan generasi lebih berwibawa dan komited dengan rancangan kerajaan lebih mengagungkan pesta seni yang langsung tidak membina minda kelas pertama.
Program keagamaan dipencilkan dan sukar untuk mendapat kelulusan. Apa salahnya program keagamaan dan apa baiknya program hiburan? Kita tidak perlukan orang ‘seni’ memimpin negara tetapi kita perlukan pemimpin amanah dan mampu mewakili suara hati rakyat.
Tapi jika begini proses pembentukan anak muda kita, saya rasa sasaran Perdana Menteri untuk membina modal insan hanya mimpi indah pada siang hari. Saya mencadangkan program keagamaan diperbanyakkan di kampus seluruh negara. Ia sangat penting pada perkiraan saya demi membina jati diri mahasiswa Islam yang unggul, selaras dengan keinginan Perdana Menteri kita.
Saya berharap isu penyebaran risalah Kristian di UM diambil perhatian pihak berwajib.
BAPA KESAL,
Teluk Intan, Perak.

2 Comments:
Saya menggesa agar gejala seperti ini segera dibendung untuk melindungi akidah Muslim.

Post a Comment
<< Home