Masyarakat, negara dan makna undang-undang
Shamsul Iskandar Mohd. Akin
Mendiang Robert M. Cover, pejuang hak asasi manusia dan bekas profesor undang-undang dan sejarah perundangan di Universiti Yale, Amerika Syarikat dalam karyanya bertajuk “Nomos and Narrative” (dalam naskhah yang diedit bertajuk “Narrative, Violence and the Law” terbitan percetakan Universiti Michigan, tahun 1992) memperkatakan tentang hakikat kebenaran dan kebatilan yang ditentukan oleh anutan makna undang-undang (legal meaning) seseorang. Makna undang-undang ini pula adakalanya ditafsir oleh negara (melalui cabang kehakiman) dan adakalanya pula terbit dari fahaman dan keyakinan individu sendiri terhadap naratif samawi (iaitu apa yang dianjurkan oleh kitab-kitab suci Injil, Taurat, Zabur dan al-Qur’an). Sementara kepatuhan kepada makna undang-undang yang ditafsir oleh negara itu seringkali bergantung kepada kuasa paksaan (mahkamah, polis, penjara), ketaatan kepada makna undang-undang yang bersusur-galur dari naratif samawi tidak memerlukan paksaan. Kuasa naratif yang dianggap benar itulah yang menjadi tunjang kepatuhan. Manusia akan patuh kepada makna itu, berjuang habis-habisan untuk mengamalkannya dan bersusah-payah pula untuk merubah masyarakat sekeliling agar turut patuh kepadanya.
Seringkali pula naratif samawi anutan individu ini berbeza dengan undang-undang negara. Ini menyebabkan konflik berpanjangan antara individu atau masyarakat dengan negara dalam hal siapa yang lebih berhak untuk menafsirkan makna undang-undang, iaitu menentukan apa yang benar dan apa yang batil. Dalam negara dan masyarakat yang majmuk budaya dan agama, tentu sekali wujud kerencaman makna undang-undang (multiplicity of legal meanings) yang bertentangan antara satu sama lain. Aktor-aktor masyarakat akan bersaing sesama sendiri untuk menegakkan fahaman masing-masing mengenai maksud kebenaran.
Dinamika inilah yang sedang berlaku dalam konteks debat perlaksanaan undang-undang moral di Malaysia. Bagi (kebanyakan) masyarakat Islam, melaksanakan da’wah, yakni menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, adalah satu tanggungjawab suci yang dianjurkan oleh al-Qur’an. Tanggungjawab ini jelas terpahat dalam kitab suci al-Qur’an yang kebenarannya tidak dipertikaikan, walaupun kebenaran mutlak al-Qur’an sebagai “teks” seringkali dipertikaikan oleh para pengikut Jaque Derrida, seorang tokoh pascamoden, yang asyik-masyuk dengan teknik “dekonstruksinisme” – satu jalur fahaman yang percaya bahawa segala-galanya boleh dicarik-carik, dirobek-robek dan diruntuh-runtuhkan justeru ingin menafikan kewujudan kebenaran yang mutlak. Golongan ini tidak percaya wujud satu meta-naratif yang menakrifkan kebenaran yang mutlak. Kebenaran itu terlalu relatif sifatnya.
Segolongan masyarakat Islam pula percaya dan yakin bahawa al-Qur’an itulah penakrif kebenaran. Apatah lagi jika teks itu sifatnya “qat’i” – jelas dan pemutus. Begitulah halnya dengan tugas da’wah. Disebut dalam al-Qur’an bahawa tugas da’wah - menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran - itu harus dipikul oleh satu umat manusia. Ianya bukan tugas individu. Tugas ini bersifat “ummatik”, yakni kolektif dan bukan persendirian. Justeru, mereka tentu sekali tersentak, naik berang dan hampir-hampir amok, apabila ada pengikut faham Derrida, atas nama pemerkasaan ruang individu dan pengekangan kuasa represif negara, mempertolol dan mempersetankan hakikat makna undang-undang yang dianggap benar itu. Meraka tersentak, naik berang dan hampir amok bilamana dikatakan bahawa hal-hal mungkar itu hak peribadi. Orang lain jangan masuk campur. Ummat jangan masuk campur. Apatah lagi negara yang sedia represif sifatnya itu. Nyah saja kalian semua!
Maka di sisi segolongan masyarakat Islam, yang ingin diperjuangkan oleh para penganut faham “dekonstruksinisme” ini ialah kebebasan individu yang mutlak (agak aneh kerana faham ini menolak segala apa yang mutlak). Jangan ada tangan-tangan agama dan negara yang menyingkap tirai-tirai ruang individu. Mereka percaya bahawa dengan cara ini sahajalah persaingan yang adil akan muncul. Kreativiti individu bercambah dan masyarakat akan maju. Mereka juga percaya bahawa semua individu mempunyai sifat-sifat yang murni, yang jika dilepas bebas akan menghasilkan kehidupan yang baik. Manusia, pada tanggapan kelompok ini, diangkat hampir sama atau setaraf dengan malaikat. Pandangan ini dihamburkan sebagai satu “kebenaran”.
Memang ada benarnya faham kebebasan individu ini. Dalam hal kebebebasan berfikir dan bersuara umpamanya. Kreativiti akan bercambah sekiranya manusia diberikan ruang untuk menyuarakan buah fikiran mereka. Sekiranya kebebasan bersuara dikekang, maka manusia akan menganggap berfikir itu sebagai suatu perbuatan yang sia-sia. Apa gunanya berfikir jika tidak boleh menyuarakan apa yang difikirkan? Akhirnya manusia malas berfikir dan lebih senang menjadi pak turut dan pak pacak sahaja. Pengekangan terhadap kebebasan bersuara melemahkan upaya berfikir individu. Daya kreativiti hilang dan kemunduran bertandang.
Tetapi agak aneh untuk mengatakan bahawa seseorang itu mempunyai kebebasan untuk melakukan “kemungkaran” – yang difahami dalam konteks naratif samawi. Ianya seolah-olah mengatakan bahawa seseorang itu berhak untuk melakukan sesuatu yang tidak hak. Satu jenis oxymoron. Ianya bertentangan sekali dengan maksud undang-undang bahawa perbuatan mungkar itu tiada siapapun yang berhak untuk melakukannya. Kecualilah yang dipertikaikan itu ialah takrif “kemungkaran” dan bukannya kebebasan untuk melakukan kemungkaran. Sekiranya takrif kemungkaran yang dipertikaikan, maka lereng-lereng debat harus berkisar sekitar persoalan fekah amalan dan bukannya kebebasan individu. Wacana anti undang-undang moral yang dipakejkan secara pukal dengan debat ruang individu ternyata mengabaikan sudut penting jurisprudens ini.
Di bandar suci Jerusalem pada bulan Ogos nanti akan berlangsung satu pesta Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) bertemakan “Cinta Tanpa Sempadan”. Para pengikut gerakan ini akan bertandang di Jerusalem dalam upaya mereka untuk mendapat pengiktirafan dunia (dan agama) terhadap kebebasan mereka menentukan jantina dan menjalani kehidupan seks mengikut pilihan sendiri – tanpa ada tangan-tangan agama dan negara yang memaksa dan meleter apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jerussalem dipilih kerana bandar itu dianggap sebagai kota suci ketiga-tiga agama samawi Islam, Kristian dan Judaisme. Pesta ini diibaratkan sebagai kemuncak manifestasi penentangan kelompok pejuang kebebasan individu ini terhadap tirani otoriti agama. Para pemimpin ketiga-tiga agama ini menentang keras rancangan tersebut kerana bimbang kesannya terhadap moral individu dan masyarakat. Apatah lagi tindakan ini jelas mempersendakan makna undang-undang yang tersirat dalam naratif samawi yang mereka yakini. Bagi pemimpin-pemimpin agama ini, gerakan kebebasan individu telah bertukar menjadi gerakan anti-agama. Maka wajarlah kesucian agama terlebih dahulu dipertahankan daripada kebebasan individu.
Wacana anti undang-undang moral di Malaysia pada ketika ini, jika kita tidak berhati-hati, dibimbangi akan menjurus ke arah yang sama. Perjuangan kebebasan individu ditanggapi sebagai gerakan anti-agama. Apa yang bermula dengan cetusan rasa tidak puas hati dengan layanan para penguatkuasa undang-undang terhadap si pesalah membawa kepada kebencian membuak-buak terhadap segala bentuk halangan keagamaan. Agama dan otoriti agama dianggap sebagai kuasa represif yang lebih jahat daripada pemerintahan seorang diktator. Agama adalah tirani dan tirani adalah agama. Debat dan wacana menjadi tidak objektif lantaran perbahasan diselimuti emosi yang tak tertanggung. Yang penting ialah menang debat bukannya mencari kebenaran dan penyelesaian.
Wacana ini menjadi bertambah rumit bilamana ianya juga mempalitkan kuasa negara yang represif. Justeru, dengan mudahlah mereka yang mendesak agar negara dan masyarakat mengambil tanggungjawab kolektif membendung gejala salah laku moral melalui perlaksanaan undang-undang negara dilabel sebagai menyokong pemerkasaan kuasa negara dan pengecilan ruang individu. Sementalahan pula wacana ini berlangsung dalam iklim politik dunia yang menyaksikan kebangkitan demokrasi dan penjadahan Islam politik gaya Taliban. Maka kelompok penyokong undang-undang moral ini dicap sebagai jumud, konservatif dan “overzealous religious bigot” (pelampau agama yang degil dan berkepercayaan tidak munasabah) yang tidak lain dan tidak bukan berniat mewujudkan pemerintahan ala-Taliban. Walhal, kelompok sama jugalah yang pada masa yang sama menentang keras kezaliman dan korupsi pemerintah serta meraikan demokrasi politik.
Kacau-bilau dan haru-biru jadinya bilamana perjuangan menentang “autoritarianisme politik” bertukar wajah menjadi penentangan terhadap “autoritarianisme agama”. Kelompok yang dahulunya bersatu dalam saf “reformis” kini terbelah dua kepada “sekularis” dan “Islamis”. Nampaknya, kecenderungan ke arah de-Islamisasi (atau sekularisasi) juga mempunyai unsur pecah-belah. Aneh, suatu ketika dahulu perlumbaan ke arah Islamisasi sahaja dianggap memecah-belah.
Apa yang sebanarnya sedang berlaku? Suka saya kembali kepada pandangan mendiang Profesor Bob Cover yang saya sebutkan di permulaan rencana ini. Dalam masyarakat majmuk ini wujud kerencaman makna undang-undang (multiplicity of legal meanings). Suatu makna yang mentakrifkan kebenaran dan kebatilan. Makna ini tidak boleh dipaksa-paksa pemakaiannya. Ia sedia berada dalam benak fikiran dan hati nurani individu. Manusia akan bersuah-payah dan bermati-matian mempertahankannya dan memperluaskan pemakaiannya. Namun tidaklah bermakna makna undang-undang ini beku dan tidak berubah.
Menurut Joel S. Migdal, seorang profesor pengajian antarabangsa di Universiti Washington dalam bukunya “State in Society: Studying How States and Societies Transform and Constitute One Another” terbitan Percetakan Universiti Cambridge, tahun 2001, perubahan sosial, ekonomi dan politik masyarakat akan membawa kepada perubahan makna undang-undang. Masyarakat desa yang berpindah ke bandar, masyarakat buta huruf yang terdidik dengan ilmu-ilmu moden dan masyarakat yang semakin terdedah dengan wacana-wacana baru tentunya akan mengalami perubahan gaya hidup dan pemikiran. Di celah-celah pertemuan dan pertembungan ini lahirlah makna undang-undang baru yang berubah menjadi teks-teks penentangan. Makna undang-undang baru ini mungkin bertentangan dengan undang-undang negara atau amalan-amalan tradisi. Yang penting, bagi Profesor Migdal, ialah usaha ke arah mewujudkan makna undang-undang yang dikongsi bersama yang boleh mewujudkan satu bentuk solidariti sosial. Inilah cabaran bagi masyarakat dan negara Malaysia yang majmuk pada hari ini. Bagaimana untuk membentuk solidariti sosial di tengah-tengah kemelut kerencaman makna undang-undang dan keributan berwacana?
Penulis ialah Naib Ketua Angkatan Muda, Parti Keadilan Rakyat (Keadilan). Beliau juga seorang pengamal undang-undang sivil, jenayah dan samawi di Kg Kesang Tua, Jasin, Melaka.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home