Paksi Kebangkitan Perjuangan: Bukan retorik pimpinan dan ahli PAS
Alhamdulillah, Muktamar Agung PAS kali ke-51 yang berakhir semalam akhirnya telah menjawab segala teka teki yang bermain digelanggang pemikiran seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan setinggi – tinggi tahniah kepada barisan kepemimpinan baru PAS Pusat dan juga Dewan – Dewan PAS Pusat yang telah meraih kepercayaan ahli untuk memimpin PAS bagi sesi 2005 – 2007.
PAS Pusat yang diterajui oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan Ust. Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden yang baru merupakan gandingan dua generasi yang pastinya akan membuka mata pemimpin UMNO dan parti lainnya. Disamping itu, pemilihan YB Hj. Husam Musa, Hj. Mohamad Sabu dan Dato’ Dr. Hassan Mohd Ali sebagai Naib Presiden dilihat sebagai satu ancaman baru kepada gelanggang politik tanahair.
DPPWP juga yakin bahawa perubahan barisan kepemimpinan tertinggi ini juga memperjelaskan lagi sikap ahli PAS yang kini disemarakkan dengan agenda perubahan yang besar terhadap masa depan PAS. Mengorak langkah perjuangan yang ke-51, PAS kini dilihat semakin matang dengan wujudnya ramai barisan pelapis kepemimpinan seperti yang dinyatakan oleh mantan Naib Presiden, Dato’ Mustafa Ali sebelum ini.
Bagi DPPWP, sebelum pemilihan dibuat, telah jelas dikalangan ahli bahawa PAS terlalu ramai pemimpin yang berkebolehan. Siapa pun jua yang dicalonkan sebelum ini, diyakini mampu untuk membawa satu anjakan sikap dan corak kepemimpinan PAS di masa yang mendatang. Hakikat situasi ini terpaksa ditelan oleh UMNO dan kelompok yang satu spesis dengan mereka.
Diharapkan agar perubahan yang diinginkan oleh ahli akan dapat dilakukan oleh barisan pemimpin yang telah diamanahkan tanpa menjejaskan dasar – dasar utama parti. Dalam pada itu, DPPWP juga mengingatkan kepada semua lapisan kepemimpinan dan ahli disemua peringkat untuk memberikan wala’ kepada barisan pimpinan PAS Pusat yang telah dipilih kali ini.
DPPWP telah bersedia untuk memberikan wala’ dan juga bakti kepada semua pemimpin yang telah dipilih. DPPWP juga yakin bahawa pemimpin yang tidak terpilih dalam pemilihan kali ini akan mendapat tempat yang sewajarnya dalam parti, sesuai dengan kepakaran dan bentuk sumbangan yang boleh diberikan.
Tiadanya golongan yang kalah atau menang dalam PAS, yang ada hanyalah golongan yang sentiasa berjaya dalam mengejar keredhaan Allah. PAS bukan seperti UMNO dan parti lainnya yang sanggup bergadai maruah dengan memberikan rasuah dalam pemilihan pucuk pimpinan demi mengejar nafsu dunia. PAS mengajar ahlinya agar mengambil sikap merapatkan ukhuwah disemua peringkat.
Segala perangai dan teladan buruk yang berlaku disemua peringkat sebelum ini, diyakini akan berubah kepada landasan yang baru. Atas dasar bersaudara dan niat berjuang kerana Allah, maka seluruh ahli PAS diharapkan dapat menolak kelompok anai – anai atau mereka yang cuba merosakkan parti dari dalam atau pun luar.
Sikap yang hanya menyebelahi pemimpin tertentu atau berpuak – puak bukanlah budaya dalam PAS. Apa yang kita perlu pertingkatkan kini adalah kekuatan dalaman dan sikap saling tegur menegur secara berhikmah. Alhamdulillah, Muktamar kali ini berjaya dan menjadi ruang muhasabah yang terbuka kepada semua peringkat kepemimpinan dan ahli.
Bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan, rumahtangga mana yang tidak pernah bergoncang, begitulah sejarah yang telah dilalui oleh PAS. DPPWP yakin bahawa sejarah ini pasti akan berulang kerana perjuangan ini umpama roda, adakala PAS di atas, adakalanya PAS di bawah. Yang pasti kekal di atas hanyalah Islam dan juga Allah yang menguasai alam ini.
Pemimpin dan ahli PAS hari ini merupakan rantaian baru yang menjanakan jentera perjuangan di maya pada ini. Kepada semua ahli, harus diingat bahawa Pilihanraya hanyalah salah satu medium dakwah kita, uslub yang lain juga tidak harus dikesampingkan. Perjuangan mendidik rakyat untuk memahami Islam dan kebaikkan agama Allah ini harus diteruskan. InsyaAllah masa depan PAS pasti akan terus gemilang seandainya dasar PAS untuk mendaulahkan sebuah Kerajaan Islam di Malaysia tidak berubah.
Segala usul dan muhasabah yang dibahaskan sepanjang Muktamar harus dilihat dari sudut yang positif. Apa yang dibahaskan bukanlah sekadar muhasabah untuk pemimpin tertinggi parti, muhasabah itu juga telah dilontarkan untuk menyedarkan semua barisan kepemimpinan dan ahli di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan.
Tidak guna kita berharap agar pemimpin tertinggi parti berusaha untuk berubah dan menjiwai perjuangan ini, seandainya semua lapisan kepemimpinan diperingkat bawahan tidak memberikan wala’ dan membuat perubahan minda serta sikap secara bersama. DPPWP bimbang seandainya barisan pemimpin yang baru ini dijadikan sebagai tempat sidaian wacana harapan dan idea bombastik ahli sahaja tanpa adanya sokongan dan perlaksanaan dari bawah.
Perubahan menyeluruh perlu dilakukan. Semua lapisan dan jentera parti harus digerakkan ke arah satu matlamat yang sama. Lajnah – lajnah serta Jabatan yang wujud di semua peringkat perlu berdikari dalam memahami mesej dan arahan pemimpin PAS Pusat.
Telah banyak idea dan dasar – dasar telah dibentangkan, namun tidak semua barisan pimpinan peringkat bawahan dapat berfikir jauh untuk melaksanakan segala saranan PAS Pusat. Sebagai contoh, program pentarbiyyahan yang sentiasa menjadi isu utama dalam Muktamar gagal dilaksanakan oleh semua peringkat secara tersusun.
Apa yang ada dalam minda kebanyakkan pemimpin dan ahli bawahan, tarbiyyah itu adalah usrah dan kuliah agama sahaja. Skop tarbiyyah dan juga dasar - dasar lainnya perlu dilihat secara meluas. Pemimpin diatas merangka dasar – dasar utama dan saranan – saranan perlaksanaan, pemimpin dibawah pula harus bijak merealisasikan apa yang telah diperturunkan.
Badan – badan Perhubungan serta Dewan – Dewan PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan harus bijak menelaah massa dan membentuk gerakkan secara berterusan. Sikap proaktif harus disemarakkan melalui program – program massa yang sesuai dengan tuntutan masyarakat tanpa menjejaskan dasar utama PAS.
Jika ada kalangan ahli PAS yang memencilkan diri dari kelompok masyarakat, DPPWP menasihatkan agar keluar dari kepompong lama dan merentasi batas masa untuk bersama rakyat, bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. Sikap yang sentiasa berasa lemah dan tidak yakin terhadap masa depan Islam harus dibuang. Sebagai pejuang Islam kita harus bangga menunaikan amanah Allah dan Allah tetap bersama kita walau pun kita sedikit atau pun ramai, walau pun kita susah atau pun senang.
Kerajaan Islam telah bermula dengan golongan yang sedikit, tetapi telah musnah ketika dikuasai oleh golongan yang ramai - ketika Islam menguasai satu pertiga dunia. Fahamilah sejarah ini, janganlah kita rasa lemah kerana kita kalah pada pilihanraya atau tidak menguasai kerajaan sepenuhnya. DPPWP yakin bahawa golongan yang sedikit yang menyertai PAS hari ini bakal mengukuhkan Paksi Kebangkitan Perjuangan yang kita warisi dari Rasulullah. Perjuangan kita bukan kerana bangsa, bukan kerana warna kulit atau perbezaan budaya, Islam yang menjadi dasar PAS sejahtera untuk semua kaum di Malaysia.
Mentaliti sebagai pembangkang harus dipadamkan dari skrin pemikiran semua ahli. Kita harus berfikir sebagai pemerintah dalam erti kata yang sesuai dengan apa yang PAS miliki kini. Kita perlu berusaha menjadi agen kebajikkan dan juga tempat rakyat berkongsi kesenangan dan kepayahan hidup mereka.
Jangan kita jadi macam BN, mereka perintah Negara, kuasai segalanya, tetapi gagal memerintah fikiran dan hati rakyat. Cukuplah kita menguasai corak pemikiran pembangkang sebelum ini, kali ini kita bangkit sebagai golongan kerajaan yang tidak menguasai Negara tetapi menguasai pemikiran dan hati rakyat. InsyaAllah bila semua rakyat bersama dengan PAS dari segi fikrah dan sikap, pasti BN tidak mampu lagi merasuah rakyat bagi mengekalkan kemenangan.
Akhir sekali DPPWP berharap agar satu peningkatan yang positif dapat digerakkan di semua peringkat parti ke arah kebersamaan fikrah yang satu dalam manhaj yang terarah oleh tampuk kepemimpinan yang baru ini. Perjuangan PAS tidak akan pergi jauh seandainya barisan kepemimpinan yang dilantik pada hari ini dibiarkan mengemudi bahtera perjuangan ini bersendirian. Kita harus bekerjasama dalam melakukan tugas masing – masing dan mengelakkan sebarang pertelingkahan yang pastinya akan mengoncangkan bahtera ini dari dalam. Semoga Allah merahmati keikhlasan perjuangan kita semua.
“Mendepani Cabaran, Paksi Kebangkitan Perjuangan”
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home