Urus kemarahan terhadap sistem pilihan raya dengan agresif - Pemuda
Oleh HAFIZ BAQI
KOTA BHARU, 5 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS mendesak supaya satu perubahan dilakukan oleh PAS untuk memulihkan demokrasi dalam negara ini terutamanya bagi mewujudkan sistem pilihan raya yang lebih telus melalui satu gerakan massa.
Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman berkata, sudah sampai masanya PAS menguruskan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap pencabulan ruang demokrasi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan cara yang lebih agresif serta tersusun termasuk mengambil tindakan turun ke jalan raya sekiranya perlu.
Beliau yang baru sahaja dilantik sebagai Naib Pemuda dalam pemilihan muktamar sesi ini mencadangkan supaya satu anisiatif untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bertindak memulihkan demokrasi dengan kerjasama parti-parti pembangkang serta badan bukan kerajaan (NGO) dicetuskan oleh PAS seperti mana yang pernah dilakukan ketika pembentukan Gerakan Rakyat (Gerak) sewaktu Bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dipecat beberapa tahun lalu.
"Melalui gabungan rakyat yang kuat termasuk sokongan satu juta ahli PAS kita akan memberi tekanan yang hebat kepada kerajaan termasuk akan turun ke jalanan sekiranya tuntutan kita tidak diambil peduli.
"Saya ingin menegaskan pada hari ini, sebagai barisan Pemuda PAS kami amat berbagga sekiranya para pemimpin termasuk presiden ditangkap atau terpaksa merengkok dalam penjara kerana menegakkan keadilan dan memperjuangkan inspirasi rakyat," kata beliau dalam satu ucapan penuh emosi ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam persidangan Muktamar kali ke-51 dekat sini.
Mazlan menegaskan, tuntutan daripada pihak pemuda PAS itu bukanlah semata-mata kegairahan ataupun emosi semata-mata tanpa alasan munasabah sebaliknya kata beliau, Pemuda PAS yakin hanya cara seperti itu sahaja memungkinkan PAS boleh berjaya dalam pilihan raya yang disertai.
Katanya, pilihan raya umum 2003 telah membukti bagaimana kerajaan BN melakukan apa sahaja untuk menyekat kemaraan pembangkang terutamanya PAS sehingga menggunakan SPR serta beberapa lagi jentera kerajaan yang lain.
"Perkara ini (penipuan pilihan raya) telah kita semua akui dan yakini setelah kita sendiri menjalankan 'post mortem'.
"Dan tidak mustahil BN akan mengunakan tektik kotor yang lebih teruk lagi pada pilihan raya akan datang demi memastikan kemenangan mereka.
"Justeru jangan harap kita mampu mengatasi masalah itu dengan hanya mendesak sahaja, kita perlu memberikan satu tekanan dan ancaman yang lebih serius," tegas beliau.
Sebelum itu, melalui muktamar Pemuda PAS yang berlangsung selama dua hari di Hotel Perdana, Kota Bharu pada 1 dan 2 Jun, usul untuk menuntut demokrasi secara lebih agresif telah disokong sebulat suara oleh para perwakilan.
Usul tersebut telah dibawa oleh perwakilan daripada Selangor, Abdullah Karim dengan menegaskan tuntutan secara memorandum dan diplomasi tidak membawa apa-apa kesan terhadap pemulihan demokrasi.
Dalam muktamar yang sama, seorang perwakilan daripada Johor turut menekankan perkara yang sama dengan mengingatkan pimpinan PAS tidak membiarkan para penyokong 'disengat sebanyak dua kali dalam lubang yang sama'.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home