5 asas mesti dimiliki setiap Pemuda PAS
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menggariskan lima persiapan asas yang mesti dimiliki setiap pemuda dalam merangka gerak kerja untuk 50 tahun kedua.
i) Memperkasa aqidah dan fikrah
Setiap pemuda PAS mestilah mempunyai kekukuhan aqidah yang menjadi paksi jiwa besar dan merdeka. Kekukuhan aqidah ini mesti berganding rapat dengan kejelasan fikrah perjuangan.
ii) Memperkasa ilmu dan kepakaran
Sentiasa mendalami ilmu hendaklah menjadi kewajipan bagi setiap di kalangan kita. Kita wajib mendalami ilmu-ilmu fardu ain tentang asas aqidah yang mencernakan akhlak dan menzahirkan syariat.
iii) Memperkasa sikap, minda dan pemikiran
Keupayaan minda dan pemikiran sebenarnya menjadi isu dalam mengukur kebolehan kolektif gerakan PAS. Persiapan minda yang bersifat menyeluruh mencakupi kefahaman terhadap hukum-hukum Allah, mengetahui isu-isu semasa, memiliki 'bacaan politik' (qiraat as-siyasi) yang tajam, memahami keperluan melakukan perubahan, bersikap elastik dan juga keupayaan membaca serangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang dilancarkan musuh.
iv) Memperkasa strategi dan metodologi
Ahli-ahli Pemuda PAS mesti memahami apakah strategi yang realistik dengan keperluan politik di Malaysia. Mereka tidak perlu terpengaruh dengan dakyah-dakyah seperti menyertai pilihan raya sebagai tidak syarie kerana itulah pendekatan terbaik dalam konteks politik Malaysia.
v) Memperkasa keupayaan menentukan worldview
Pemuda PAS mestilah memiliki kemampuan untuk menilai serta menyaring apa yang positif dan negatif menurut paradigma welstanchauung dan pandang dunia kita.
“Saya mahu melihat keterampilan Pemuda PAS yang bersifat jiwa besar dan berani untuk mencetus dan mencipta perubahan yang bakal mengangkat perjuangan ini menuju era yang lebih gemilang,” katanya pada ucapan tema sempena perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-46 . - mj

0 Comments:
Post a Comment
<< Home