UMNO tersenyum Pemuda PAS bersuara, Pemuda UMNO menangis Nak Tegur MT nya.
amirulreza menulis - "Assalamualaikum w.b.t.
Muktamar PAS yang ke-51 baru sahaja mengetuk canangnya, namun ‘panas’ nya sudah pun terasa. Betapa PAS menunjukkan bahawa keterbukaan yang diamalkan oleh mereka langsung tidak mengongkong saf kepimpinan pemudanya daripada bersuara terhadap saf kepimpinan atasan sekalipun.
Namun jika diperhatikan ucapan yang dibentangkan oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dalam Muktamar Dewan Pemuda 1 Jun 2005 yang lalu, barisan pemuda sudah boleh memerhatikan serta membuat koreksi terhadap apa yang terjadi dalam kepimpinan PAS mutakhir ini. Malah, media arus perdana bijak mengambil peluang ucapan yang boleh dianggap kontroversi untuk dipaparkan kepada rakyat Malaysia samaada PAS atau BN.
Antara ucapan yang menarik perhatian golongan UMNO diseluruh Malaysia adalah tentang
“Ada di antara mereka selesa memandu kereta-kereta berjenama mewah, memakai pakaian yang anggun dan membina mahligai perkasa.
Malah, katanya lagi, mereka turut tidur di hotel ternama serta terpesona dengan gelaran Datuk atau Yang Berhormat (YB).”
Dan juga petikan berikut,
``Satu masa dahulu kita sering kali mengkritik pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berada dalam kerajaan kerana hidup mewah dan melupakan kesengsaraan rakyat. Mereka hidup bersama golongan elit dan aristokrat dengan budaya yang angkuh, ego dan mewah.
``(Tetapi) pada hari ini pemimpin-pemimpin UMNO dan BN mulai sedar kesilapan mereka, dan mereka mulai turun ke bawah menemui masyarakat, tidur di rumah-rumah rakyat, berjemaah di surau, makan bersila dan memandu kereta-kereta berjenama tempatan.''
Mereka seolah-olah mahu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa PAS kini pun telah mengakui bahawa UMNO kini mempunyai pemimpin yang dekat dengan rakyat. Sedangkan dalam masa yang sama mereka lupa bahawa dengan bantuan insan seperti Karam Singh Walia (TV3) lah maka mereka ‘terpaksa’ turun ke padang untuk membantu rakyat. Malah, bukan sahaja dapat tolong, tetapi dapat ‘masuk TV’ (Glamour pun dapat !)
Selain itu, rasanya UMNO juga ‘cemburu’ kerana PAS boleh mengkritik apa yang ‘sumbang’ di dalam PAS. Malah, yang ironiknya pengkritik itu datangnya dari barisan Pemuda PAS. Bagi saya ini adalah ‘suasana’ yang sihat jika pandai mempergunakannya. Sedangkan Pemuda UMNO hanya boleh ‘menyokong’ apa yang dilakukan oleh Majlis Tertinggi (MT) mereka, jauh sekali untuk mengkritik.
Saya menyatakan suasana itu adalah sihat kerana barisan Pemuda PAS akan menjadi pemimpin saf kepimpinan atasan suatu hari nanti dan pemimpin atasan PAS sekarang ini, InsyaAllah akan terus bersifat terbuka dengan segala koreksi yang cuba diketengahkan oleh golongan pemuda. Sedangkan Umno sentiasa bertelingkah antara pengkritik dan Majlis Tertingginya. Inilah factor utama UMNO sentiasa ada banyak ‘team’ di dalam cabinet mereka.
Jika tidak, mengapa ‘terbit’ slogan berikut dikalangan komuniti UMNO,
“Lebih baik jadi penyokong , dari menjadi ahli UMNO”.
Jika Ghafar Baba serta pemimpin veteran UMNO pun tidak ‘berkelayakan’ untuk mengkritik serta membentangkan koreksi kepada kepimpinan UMNO di bawah Pak Lah, inikan pula ahli biasa !
Umum mengetahui bahawa ahli UMNO samaada diperingkat bawahan mahupun diperingkat atasan sentiasa ‘lemas’ akibat tindakan pemimpin UMNO (yang berpengaruh) bertindak ke atas mereka-mereka yang mengkritik kepimpinan UMNO, maka adalah baiknya individu-individu berkenaan menggunakan slogan ini pula,
“Lebih baik jadi Ahli PAS, dari menjadi Ahli UMNO”
Ini kerana kalau duduk dalam UMNO sudah tentu ‘diperangi’ lebih baik ‘diperangi’ ketika duduk di dalam PAS.
Apa yang saya harapkan segala kelemahan yang diketengahkan oleh barisan pemuda PAS dapat dijadikan iktibar dan sempadan untuk terus menjamin kestabilan PAS dipersada politik tanahair. Manakala saf kepimpinan atasan di dalam PAS akan terus koreksi diri mereka dari masa ke masa kerana sudah menjadi resam dunia, bahawa sekali bah, sekali pantai berubah.
“Kekalkan Keterbukaan Di dalam Saf Kepimpinan PAS”
Sekian.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home