Sunday, June 05, 2005

Pemuda harapkan perubahan

Sdr Mazlan Aliman, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mewakili Dewan Pemuda PAS berharap muktamar akan melakukan perubahan untuk mempertingkatkan perjuangan parti yang menjadi pilihan rakyat. Rakyat melihat PAS mempunyai potensi mengambil alih kepimpinan negara. Katanya lagi " Cukupkah dengan muktamar dan munaqasyah yang dibuat tanpa apa-apa yang dilakukan. Pemimpin tidak menjenguk ke akar umbi tetapi bertandang di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Pemimpin perlu setiap masa turun ke bawah".

Beliau juga berkata pemuda telah melalui proses pentarbiyyahan melalui usrah dan tamrin supaya timbul kesedaran dalam perjuangan hasil didikan tuan-tuan Guru, tidak mahu berlaku dalam pemilihan, ada lobi-melobi kerana bimbang jika pemimpin yang dimenangkan oleh pelobi dan pelobi akan mengelilingi pemimpin kerana akan memudaratkan parti. Biarlah pemimpin diundi kerana kerja buat dan komitmen mereka. Cabaran diluar amat besar seperti perobohan rumah-rumah rakyat di Terengganu dan banyak lagi.

Beliau juga menggesa agar ditubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menyiasat kepimpinan parti dalam membawa budaya tidak sihat dalam parti dan jika bersalah dipecat daripada PARTI.

Gesaan juga perlu di buat agar dibuat post-mortem pilihanraya, dan jawatankuasa perlu ditubuhkan agar dapat mengurus kemarahan rakyat yang tidak berpuas hati dengan pilihanraya. Tidak mahu PAS dipatuk dua kali dalam lubang yang sama; tidak cukup dengan menggesa tetapi perlu tindakan.

Beliau juga mengharap agar pemimpin perlu turun padang mendekati masyarakat dan rakyat dan pemuda mahukan pembaharuan dan perubahan tidak hanya retorik tanpa pelaksanaan. Ikhlas dan iltizam akan menegakkan perjuangan menegakkan Islam dan mencapai keredahaan Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com