Dr Haron Din sihat, selamat jalani rawatan
Oleh Bashir Ishak
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din selamat menjalani rawatan susulan berkaitan komplikasi jantungnya di Hospital Stanford, San Francisco, California beberapa hari lalu.
Dr Haron yang dihubungi wartawan Harakahdaily dari San Francisco, berkata beliau dalam keadaan sihat selepas dirawat oleh doktor pakar yang pernah membedahnya tidak lama dulu.
Menurutnya, sepanjang dirawat, komplikasi dideritanya sudah mulai pulih, menunjukkan tanda-tanda keadaan penyakitnya mulai reda melalui kaedah rawatan yang komprehensif.
Katanya, semasa dalam penerbangan (dalam pesawat) untuk menjalani rawatan di San Francisco selama 14 jam, beliau mengalami komplikasi akibat penyakitnya sebanyak dua kali.
Dr Haron yang juga Ketua Penerangan PAS, berlepas ke Amerika Syarikat beberapa hari sebelum Muktamar Tahunan PAS Ke-51 di Putik, Kota Bharu.
Sebelum ke luar negara, beliau membuat pengumuman menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS selepas mendapat pencalonan tertinggi untuk jawatan itu.
Dr Haron dalam wawancara singkat ini, memberitahu rawatannya akan selesai dalam tempoh beberapa hari lagi.
Beliau turut bertanya keputusan pemilihan parti yang menyaksikan bekas Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dipilih Timbalan Presiden manakala jawatan Naib Presiden diisi oleh Haji Husam Musa, Haji Mohamed Sabu dan Dr Hasan Ali. – lanh

0 Comments:
Post a Comment
<< Home