TG Nik Aziz yakin kemampuan pimpinan baru PAS
KOTA BHARU, 6 Jun (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan keyakinan terhadap kemampuan kepemimpinan baru PAS sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, gandingan di antara ulamak dan golongan profesional yang berteraskan Islam diharap mampu membawa hala tuju parti secara lebih jelas lagi.
“Saya berharap gerakan Islam di negara ini terus berkembang. Selain itu kita perlu ada jawatankuasa khas bagi memikirkan soal dialog dengan orang bukan Islam.
“Perlu ada pasukan khas yang bertanggungjawab mengadakan dialog dengan non muslim bagi membolehkan mereka lebih faham lagi mengenai Islam. Melalui cara itu diharap hubungan muslim dan non muslim dapat dirapatkan lagi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai perubahan pucuk pimpinam PAS bagi sesi 2005 – 2007 yang menampilkan ramai golongan muda. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, 43 menang jawatan Timbalan Presiden.
Manakala dua lagi tokoh muda dipilih sebagai Naib Presiden iaitu Haji Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu. Seorang lagi Naib Presiden, Dato’ Dr Hassan Mohd Ali.
Ditanya kemenangan hanya golongan profesional bagi jawatan Naib Presiden, katanya, dalam PAS semua pemimpin adalah ulamak, biar pun mereka tidak mendapat pendidikan agama secara mendalam.
Katanya, sebenarnya ada pihak cuba membezakan di antara golongan ulamak dan profesional dalam PAS bagi mengelirukan orang ramai.
“Begitu juga tidak perlu timbulkan soal ulamak konservatif atau ulamak liberal. Misalnya dahulu di Kelantan terkenal dengan sistem sekolah pondok tetapi sekarang sudah menjadi sekolah agama. “Itu adalah menggambarkan perubahan zaman yang berlaku dengan cepat seiring dengan perkembangan teknologi semasa,” katanya.
Beliau juga melahirkan rasa puas hati terhadap pemilihan yang berlaku dalam PAS kerana tidak kedengaran adanya politik wang seperti dialami parti lawan.
Bagaimanapun katanya mereka yang berkempen menggunakan taktik buruk seperti memfitnah orang lain menggunakan SMS sebagai tidak menghayati Islam sebenarnya.- mj

0 Comments:
Post a Comment
<< Home