Monday, June 06, 2005

Masjid dipercayai dibakar hampir musnah

ADELANTO, California 5 Jun - Sebuah masjid dekat tanah perkuburan Islam di sini dipercayai dibakar dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Seorang pegawai bomba memberitahu, kebakaran masjid Pertubuhan Kesatuan Pemuda Islam kelmarin telah menimbulkan tanda tanya kerana masjid tersebut tiada bekalan elektrik atau gas.

Menurut seorang ahli jawatankuasa masjid, Seyed Mousavi, hanya dua bahagian dinding, kitab suci Al-Quran dan permaidani yang tidak hangus dalam kebakaran itu. Masjid tersebut merupakan pusat keagamaan dan mempunyai 600 buah kubur.

``Kebakaran dengan sengaja ini merupakan satu penghinaan kepada masyarakat Islam,'' kata Pengarah Pusat Islam Riverside, Mustafa Kuko.

Bagaimanapun, penduduk terbabit tidak mempunyai sebarang bukti berhubung dakwaan tersebut namun mereka percaya ada pihak yang membakar masjid berkenaan. - AP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com