Edisi Nasional: Pak Cik Paku dalang JIT
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
SUNGAI PETANI: Lima lelaki, termasuk seorang yang berjaya meloloskan diri dalam operasi membanteras kegiatan Black Metal beberapa tahun lalu, dikesan mendalangi kegiatan kumpulan yang dikenali sebagai ‘Jangan Ikut Tuhan (JIT)’.
Mereka dipercayai sedang mengumpul semula semua bekas ahli Black Metal dengan mengedarkan risalah kepada golongan berkenaan secara sulit.
Menurut sumber polis, ahli JIT juga dikatakan bercampur-gaul dengan remaja yang sering melepak di kompleks beli-belah di bandar ini bagi mempengaruhi mereka menyertai JIT.
Remaja terbabit mengakui kewujudan kumpulan itu ketika ditanya.
Lelaki yang berjaya meloloskan diri itu dikenali sebagai Pak Cik Paku atau Hammer.
Dia bersama empat lelaki lain dikatakan mahu menghidupkan semula kegiatan seperti itu tetapi menggunakan nama lain bagi mengelak kehadiran mereka diketahui umum atau pihak berkuasa.
“Memang ada kumpulan ini (JIT), tetapi saya yakin mereka adalah geng Black Metal yang hanya menukar nama untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.
Sumber itu menyatakan polis sudah meneliti kandungan e-mel berhubung kegiatan kumpulan JIT yang disebarkan ke seluruh negara, baru-baru ini.
Polis sedang menyiasat sejauh mana kebenaran e-mel itu dan memantau perkembangan berkenaan dari semasa ke semasa.
Katanya, polis juga akan menyiasat sama ada JIT adalah serpihan kumpulan Black Metal yang diharamkan tidak lama dulu.
“Polis akan menyiasat dari semua aspek dan jika didapati memang benar kumpulan JIT adalah serpihan daripada Black Metal, kita akan mengambil tindakan segera,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Kuala Muda berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengenal pasti kegiatan kumpulan terbabit sebelum mengambil langkah tertentu bagi menanganinya.
Muka depan Metro Ahad semalam, melaporkan kumpulan JIT cuba mempengaruhi remaja yang melepak di pusat beli-belah di bandar ini sebagai rekrut.
Ahli kumpulan itu membabitkan remaja Islam berusia belasan tahun masih bersekolah dan mereka dikatakan menggunakan nama JIT mengelak dikesan orang ramai serta pihak berkuasa.
Kumpulan terbabit yang dianggotai remaja lelaki dan wanita Islam dikatakan perlu melalui proses menghina Islam bagi menandakan mereka ‘free thinker’, golongan yang tidak mempercayai agama.
Ia turut diedarkan melalui e-mel yang antara kandungannya menyatakan pengalaman seorang anggota kumpulan itu melalui upacara khas, termasuk membuat unggun api sebelum mengelilinginya sambil mengoyak naskhah al-Quran sebelum dibakar.
Menurut e-mel itu juga, remaja lelaki terbabit dikatakan memasukkan titisan darah mereka ke gelas dipercayai bercampur darah kambing dan diminum.
Malah, lebih teruk lagi apabila remaja perempuan akan berbogel sambil mengoyakkan kitab suci itu dan ditaburkan, sebelum terus menghina ayat suci itu dengan melakukan seks bersama remaja lebih tua di atas cebisan naskhah al-Quran.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home