Kebebasan bersuara kepada warga kampus-Salahuddin
DEWAN RAKYAT 2 Dis - Campurtangan pihak pentadbiran dalam pilihan raya kampus kini telah dianggap melampau dan semakin tidak demokratik.
Sebaik sahaja Ahli Parlimen Kubang Kerian (PAS), Salahuddin bin Ayub ingin memulakan hujahnya mengenai isu pilihan raya kampus, terdapat ahli-ahli parlimen lain yang cuba menyekat beliau.
Datuk Bung Moktar bin Radin: Point of Order. Tuan Pengerusi, pendidikan tinggi merupakan isu penting.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya faham Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin: Macam mana hendak selesai masalah kalau tidak ada perbincangan? Kenapa tidak .....
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Duduk dulu Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin: ..... kita syorkan kepada kerajaan tambah hari bahas, bahas sebab apa yang mahu dibahas kalau macam ini. Itulah masalah yang kita hadapi, pelajar-pelajar kita tidak cemerlang .....
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin: ........ sebab beginilah keadaan dia.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, saya faham, saya faham Yang Berhormat teguran itu. Ya, teruskan.
Cik Fong Po Kuan: [Menyampuk][Ketawa]
Walaubagaimnapun, Salahuddin bin Ayub telah dibenarkan menyambungkan perbahasannya dengan menambah mengenai surat pekeliling yang dihantar kepada semua Naib Canselor universiti-universiti dalam negara kita, iaitu yang tidak membenarkan mereka membuat sebarang kenyataan media sedangkan golongan intelek ini perlu untuk mereka melahirkan pandang-pandangan mereka.
"Jadi jangan sekali-kali kita melayan golongan cendekiawan ini, golongan ilmuan ini seperti guru sekolah rendah ataupun guru sekolah menengah. Mereka adalah merupakan golongan cendekiawan, mereka adalah merupakan golongan ilmuan yang sangat besar peranannya di dalam menentukan hala tuju membangunkan minda dan membangunkan universiti kalau kita mahu universiti kita menjadi universiti kelas pertama," hujah Salahuddin lagi.
Salahuddin memberitahu Dewan Rakyat supaya Kementerian Pengajian Tinggi mengambil berat tentang beberapa insiden yang berlaku di kampus-kampus semasa pilihan raya kampus baru-baru ini sehingga terdapat sebagai contoh, TNC (Bahagian Hal Ehwal Pelajar) menggeledah bilik-bilik pelajar, mengugut mereka, mengancam mereka.
Lantas, beliau menambah bahawa kita tidak mempersempitkan ruang demokrasi yang kita berikan kepada mereka dan jangan kita terperangkap dalam isu di mana ada pihak yang cuba menggelar kumpulan ini sebagai kumpulan yang dikatakan pro kerajaan dan golongan aspirasi kerajaan ataupun pro pembangkang.
Salahuddin berkata,
"pada saya, kita yang lahir dalam Dewan ini sebagai contoh, kita pernah duduk sebagai golongan mahasiswa, kita berjaya dalam kehidupan kita pada hari ini kerana kita diberikan kebebasan dan hari ini kita melihat, yang saya bimbang adalah jika sekiranya perkara ini tidak diatasi, ini akan membunuh idealisme pelajar, akan membunuh masa depan mereka. Jangan kita bimbang kalau mereka memiliki sikap yang radikal dalam pemikiran."
Beliau mengambil contoh , bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, bekas Menteri-menteri yang pernah berkhidmat di dalam kerajaan, Datuk Musa Hitam, mereka adalah merupakan golongan pelajar. Pada zaman mahasiswa mereka, mereka adalah golongan yang radikal dari segi pemikiran. Tetapi yang pentingnya sejauh mana pun mereka radikal, sejauh mana pun mereka memiliki pemikiran yang proaktif, yang progresif, mereka dan kita semua yang ada pada hari ini, sama ada kita menjadi pembangkang ataupun kita menjadi penyokong kerajaan, kita masih lagi berada dalam satu sistem dalam negara kita.
Oleh yang demikian, beliau berharap supaya Kementerian Pengajian Tinggi mengambil berat dalam memberi hak kepada para pelajar membuat pemilihan mereka sendiri; sama ada parti pembangkang ataupun Barisan Nasional.
Apa yang penting, menurut Salahuddin, tidak membunuh idealisme mereka, menyekat kebebasan mereka dan jadikan mereka sebagai budak sekolah ataupun budak yang belajar di tadika.
Dalam mencapai cita-cita menjadi universiti kelas pertama, negara kita perlu berpegang kepada kebebasan bersuara, kebebasan menyatakan pendapat dalam menentukan hala tuju mereka pada masa akan datang.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home