Plaza Tol Jelapang, Ipoh Selatan diroboh bulan depan
IPOH 8 Jun - Plaza Tol Jelapang yang digelar sebagai `plaza tol maut' di negara ini akan dirobohkan mulai bulan depan bersama dengan Plaza Tol Ipoh Selatan.
Tindakan merobohkan kedua-dua plaza tol tersebut bertujuan mengatasi serta mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di sekitar Plaza Tol Jelapang.
Berikutan itu, laluan di Lebuh Raya Utara Selatan antara Juru di Pulau Pinang dan Jalan Duta di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai plaza tol.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, serentak dengan itu juga, PLUS Expressway Berhad (PLUS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersetuju membina dua lorong alternatif di kiri dan kanan lebuh raya sepanjang tujuh kilometer di Ipoh supaya penduduk bandar raya ini terus menikmati laluan bebas tol.
``Kedua-dua plaza tol ini akan dirobohkan secara serentak dengan kos keseluruhan sebanyak RM280 juta,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau berkata, semua projek itu dijalankan setelah PLUS bersetuju melaksanakan pakej menaik taraf lebuh raya itu termasuk merobohkan Plaza Tol Jelapang.
Sebelum ini pelbagai pihak mendesak supaya plaza tol itu dipindah atau dirobohkan kerana kedudukannya yang tidak sesuai serta dikatakan punca kepada pelbagai kemalangan maut terutama membabitkan lori dan bas di situ.
Banyak yang berpendapat bahawa kemalangan maut yang berlaku di plaza tol berkenaan disebabkan oleh kadar kecerunan yang begitu tinggi sebelum menghampiri plaza berkenaan dan ini memungkinkan kenderaan-kenderaan berat begitu sukar mengawal kenderaan masing-masing.
``Apabila siap nanti pengguna-pengguna lebuh raya akan meluncur terus tanpa gangguan lagi dan berharap kadar kemalangan akan dapat dikurangkan,'' katanya.
Tajol Rosli berkata, ekoran tindakan merobohkan dua plaza tol itu, dua pintu keluar masuk akan dibina di Ipoh Selatan dan Jelapang dengan kos pembinaan dianggarkan RM40 juta.
``Ini bermakna kalau kenderaan yang terlepas pintu keluar Jelapang mereka terpaksa keluar ikut Plaza Tol Kuala Kangsar untuk berpatah balik ke Ipoh,'' katanya.
Menurutnya, PLUS juga bersetuju melebarkan jalan dari dua lorong ke tiga lorong sehala bermula dari Rawang Ke Slim River.
``Ia adalah sebahagian daripada cadangan PLUS untuk melebarkan lebuh raya ekoran pertambahan kenderaan yang melalui laluan tersebut,'' katanya

0 Comments:
Post a Comment
<< Home