Tiga saintis jalani latihan perubatan angkasa di Rusia
KUALA LUMPUR 8 Jun - Tiga saintis Malaysia mencatatkan sejarah peribadi apabila dipilih untuk menjalani latihan dalam bidang perubatan angkasa di Rusia selama dua minggu bermula 13 Jun ini.
Mereka ialah Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh dari Institut Perubatan Penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia, Dr. Yahya Mat Arip dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini hari ini, mereka akan bersama-sama menjalani latihan di Faculty of Basic Medicine of the Lomonosov Moscow State University dan Institute of Biomedical Problems of the Russia Academy of Sciences sehingga 26 Jun ini.
``Latihan ini merangkumi sejarah angkasawan, projek penyelidikan bio-perubatan dan safety dependent engineering problems (masalah keselamatan tanggungan kejuruteraan),'' menurut kenyataan itu.
Saintis Malaysia berkenaan akan turut menjalani latihan amali merangkumi demonstrasi pembekalan perubatan di atas kapal angkasa Vostok, Voshod dan Soyuz serta di stesen angkasa antarabangsa Salijut dan Mir. - Bernama

0 Comments:
Post a Comment
<< Home