Thursday, June 09, 2005

Isu lagu NegaraKu betul ke Pak Lah berseleroh

Roslan-SMS menulis

- "Seluruh negara yang menyaksikan Buletin Utama TV3 semalam pastinya menjadi terpinga-pinga, confused, berdukacita dan apa sahaja sikap yang malang-malang melihat Pak Lah di kaca TV menjawab pertanyaan para wartawan berkenaan menyanyikan lagu kebangsaan sebelum mana-mana majlis rasmi ataupun tidak rasmi.

Kebetulan lagu kebangsaan dinyanyikan sebelum beliau merasmikan Persidangan Kebangsaan Cabaran di Era Globalisasi anjuran Union Network International Malaysian Liaison Council (UNI-MLC) itu.

Pak Lah bila ditanya adakah nyanyian lagu kebangsaan ini menjadi arahan pihak kerajaan beliau berkata:

That was spontaneous. I didnt give any instruction, no suggestion of the sort.
(THE STAR)

Ianya berlaku spontan. Saya tidak memberi sebarang arahan, atau apa sahaja cadangan.

Dan apabila para wartawan yang hadir memaklumkan beliau bahawa cadangan ini berbangkit dari Kementerian Penerangan lalu Pak Lah sebagaimana disaksikan oleh semua yang menonton siaran berita itu berkata:

Ooo ... datangnya (cadangan itu) dari Kementerian Penerangan, majoriti mahu menyanyi, jadi kena nyanyilah.

Kata UTUSAN Pak Lah secara berseloroh tidak tahu Kementerian Penerangan telah mencadangkan lagu kebangsaan itu dinyanyikan di panggung wayang.

Saya sendiri dan saya percaya ramai lagi melihat dalam TV malam tadi jelas Pak Lah bukannya berseloroh ketika itu. Pak Lah kelihatan tidak berapa faham dengan maksud soalan para wartawan yang sebenarnya cuba kaitkan dengan polemik berhubung nyanyian lagu kebangsaan yang menjadi isu dalam akhbar-akhbar tempatan sejak kebelakangan ini.

Walaupun saya secara peribadi tidak subscribe pada politik Pak Lah namun suka tak suka beliau adalah Perdana Menteri kita. Maka apabila PM Malaysia dilihat seolah-olah kelabu dan tidak tahu perjalanan dan perkembangan semasa, sudah pasti kita juga akan turut keciwa dan malu. Beginikah PM negara dunia pertama? roslan_s@yahoo.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com