Kepimpinan PAS dirayu berperanan sebagai pendesak memajukan rakyat
Oleh Hashim Abdullah
TEMERLOH, 8 Jun (Hrkh) - Orang ramai berharap peralihan kepimpinan dalam PAS bukan tertumpu kepada usaha untuk memajukan parti itu sahaja sebaliknya akan juga berperanan menjadi pendesak yang berkesan terhadap usaha-usaha memajukan rakyat.
Harapan itu disuarakan mereka pada tinjauan Harakahdaily, di sini berkaitan Muktamar Agung (Pemilihan) PAS, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), baru-baru ini yang menyaksikan perubahan besar kepimpinan di mana golongan muda dipilih menduduki kerusi tertinggi parti.
Fadzil Mat, 50 berharap pimpinan PAS dapat memainkan peranannya yang berkesan menangani pelbagai isu moral yang semakin tenat yang berlaku dalam negara sekarang.
“Saya dapati masalah moral rakyat semakin tenat, dah sampai kepada tahap yang membahayakan negara. Masalah dadah, HIV, budaya gengsterisme di sekolah semuanya perlukan perhatian semua pihak. Saya harap pimpinan PAS boleh buat sesuatu,” katanya
Suri rumah, Siti Noor Hafiza, 48, mahukan pimpinan PAS menjadi pendesak yang berkesan terhadap sesetengah pemimpin membebankan rakyat dengan menaikkan harga barangan keperluan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah.
“Kalau kita tengok sekarang kerajaan cari duit dengan bebankan rakyat, naik harga barang, harga minyak, bayar saman, kerajaan dapat duit banyak tapi rakyat bawahan macam kita apa kemudahan yang dapat. Kalau dulu ada kemudahan biasiswa budak belajar, pergi hospital tak kena bayar, tapi sekarang dah maju kena bayar semua, mana peranan kerajaan.
“Sebab tu kita harap pemimpin PAS yang baru kena buat sesuatu untuk bantu kita atau pun buat sesuatu untuk sedarkan rakyat,” katanya.
Mazlan Abdullah, 51 mahukan pimpinan PAS berusaha menyelamatkan golongan muda daripada dihanyutkan gejala keruntuhan moral dengan menanamkan kesedaran agama dengan penganjuran program-program kesedaran.
“Sekarang ni gejala keruntuhan moral tidak hanya berlaku di bandar-bandar besar tetapi di kampung pun berlaku. Masa Islam Hadhari ini lebih tenat kerana orang muda dijamu dengan cara hidup bersuka ria.
“Tengok dalam TV siang malam hiburan, dulu tak macam ni, Islam Hadhari ni suka tengok orang berhibur sepanjang masa dan berfesyen dedah aurat. Kalau tak ada kesedaran agama hanyutlah, pemimpin PAS kena programkan rakyat,” katanya. - lanh

0 Comments:
Post a Comment
<< Home