Kerajaan tolak permintaan gaji 13 bulan kakitangan awam
Oleh: AZMAN CHE MAN dan SHARIZA ABDULLAH
KUALA LUMPUR 1 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memberi gaji 13 bulan kepada 1.098 juta kakitangan awam selaras dengan tempoh mereka bekerja dalam setahun.
Presidennya, Nordin Abdul Hamid berkata, pada masa ini kakitangan awam dibayar gaji untuk tempoh 12 bulan iaitu bersamaan 48 minggu sedangkan mereka bekerja selama 52 minggu setahun.
Bagaimanapun, dalam reaksi segera, Kementerian Sumber Manusia, menolak cadangan Cuepacs itu.
Menterinya, Datuk Dr. Fong Chan Onn berkata, ini kerana konsep pembayaran gaji kakitangan awam dibuat mengikut bulan dan bukannya realiti tempoh sebenar mereka bekerja.
Lagipun, katanya, sistem pembayaran gaji mengikut bulan yang telah diamalkan sejak sekian lama berjalan lancar dan kerajaan belum berhasrat untuk mengubahnya.
``Sistem bayaran gaji yang kita pakai ini juga adalah mengikut sistem antarabangsa yang digunapakai oleh kebanyakan negara,'' katanya ketika dihubungi di sini.
Nordin, semasa menghadiri Perhimpunan Hari Pekerja anjuran Cuepacs di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini berkata:
``Dua belas bulan bersamaan 48 minggu, sedangkan setahun ada 52 minggu, jadi mereka telah bekerja lebih selama empat minggu. Oleh itu, kita akan minta (kerajaan) pertimbangkan gaji 13 bulan.''

0 Comments:
Post a Comment
<< Home