Monday, May 02, 2005

Harga saham dalam jajaran sempit

KUALA LUMPUR 1 Mei - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam jajaran sempit dalam tempoh dagangan lebih pendek kerana cuti minggu depan memandangkan kemungkinan pelabur-pelabur mengambil keputusan untuk tidak memasuki pasaran ekoran kekurangan petunjuk positif, kata peniaga.

Walaupun sentimen lemah pada keseluruhannya, namun beberapa kaunter mewah dijangka terus menarik minat.

Telekom Malaysia akan menjadi tumpuan minggu depan selepas mengumumkan beberapa perubahan pengurusan atasan sebagai sebahagian daripada rancangan penyusunan semulanya dalam usaha untuk meletakkan kewangannya pada kedudukan yang lebih kukuh.

Digi.Com, yang mengumumkan prestasi suku pertama yang lebih rendah daripada dijangkakan, kekal di paras RM5.05 pada hari Jumaat.

Pasaran akan ditutup pada Isnin bagi perayaan Hari Buruh.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, penanda aras, Indeks Komposit naik 1.18 mata kepada 878.96, Indeks Emas susut 0.89 mata kepada 204.70, Indeks Papan Kedua turun 1.49 mata kepada 97.23 dan Indeks Perusahaan meningkat 23.23 mata kepada 1952.26 mata.

Indeks MESDAQ luak satu mata kepada 100.0 mata.

Keseluruhannya, pasaran ditutup bercampur-campur dalam dagangan kecil minggu ini ekoran kebimbangan tentang harga minyak yang tinggi, menyebabkan pelabur enggan memasuki pasaran secara besar-besaran.

Kaunter mewah berkaitan indeks menyumbang bagi memperkukuhkan Indeks Komposit minggu ini, dengan Telekom Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini 15 sen lebih tinggi pada RM9.65.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 1.066 bilion saham bernilai RM2.884 bilion daripada 964.042 juta saham bernilai RM2.486 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Papan Kedua bertambah kepada 186.581 juta saham bernilai RM197.373 juta berbanding 153.033 juta saham bernilai RM158.154 juta.

Di pasaran MESDAQ, jumlah dagangan meningkat kepada 178.132 juta saham bernilai RM81.366 juta daripada 174.854 juta saham bernilai RM90.561 juta.

Waran belian juga bertambah jumlahnya kepada 17.132 juta saham bernilai RM15.556 juta berbanding 13.331 juta bernilai RM18.027 juta.

Urus niaga langsung meningkat kepada 368.489 juta saham bernilai RM419.89 juta berbanding 121.603 juta saham bernilai RM229.455 juta. - Bernama

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com