Edisi KL: Kerja tidak cekap
Oleh Meor Riduwan Ahmad
AMPANG JAYA: Ketiadaan kerja penyelenggaraan yang cekap dikenal pasti penyebab utama masalah pelupusan sampah, longkang kotor dan tersumbat serta rumput panjang di taman permainan, sekali gus mencemarkan pemandangan dan mengancam kesihatan penduduk.
Tinjauan Harian Metro di Taman Dagang, Taman Dagang Fasa 2, Taman Dagang Jaya, Ampang Campuran dan Kampung Baru, di sini mendapati kawasan berkenaan dicemari longgokan sampah yang tidak diangkut, longkang tersumbat dan berbau busuk serta kawasan permainan tidak terurus dan dicemari sampah sarap.
Masalah ini meresahkan penduduk kerana mereka tidak tahan dengan bau busuk, serangan lalat dan ancaman demam denggi.
Seperti dilaporkan akhbar sebelum ini, kira-kira 40 peratus daripada 100 kontraktor pengangkut sampah dan kebersihan yang dilantik Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) gagal melaksanakan tugas mengikut kontrak dan perjanjian.
Yang Dipertuanya, Ahmad Shafii Saidin, berkata kontraktor terbabit gagal mencapai tahap dikehendaki dalam kerja penyelenggaraan di kawasan terbabit.
Beberapa penduduk ditemui menyatakan mereka sudah melaporkan perkara berkenaan kepada MPAJ, namun tidak mendapat pertimbangan sewajarnya.
Peniaga, Salasiah Sulaiman, 42, mendakwa masalah longkang tersumbat dan sampah yang lambat diangkut mengancam kesihatan penduduk dan menyebabkan mereka kurang selesa.
Selain itu katanya, peniaga makanan secara kecil-kecilan turut terjejas kerana masalah itu.
“Sebagai penduduk di sini saya rasa amat tidak selesa apabila setiap hari terpaksa menghidu bau busuk daripada longkang di depan flet ini.
“Longkang tersumbat ini bukan hanya busuk malah mengundang banyak lalat yang kemudian hinggap pada kuih muih. Pelanggan semakin kurang membeli kerana bimbang mendapat penyakit.
“Selain itu saya perhatikan beberapa kontraktor yang baru dilantik MPAJ kurang cekap dalam menjalankan kerja pembersihan di kawasan ini. Ini kerana kontraktor terbabit menggunakan khidmat pekerja wanita tua dan tidak berdaya. Pekerja ini tidak menyapu dan mengutip sampah di semua kawasan sebaliknya lebih banyak berehat,” katanya.
Pelajar, Badiuzaman Badrul, 16, mendakwa masalah longkang tersumbat itu disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab peniaga pasar malam membuang sampah ke dalam longkang.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home